DETIK 12 MALAM 01 MEI 2017

DETIK PUKUL 12.01 pagi pada 01 Mei 2017, E-Buku DUA PULUH SATU TIPS RAHSIA CIKGU BAGUS akan masuk ke kotak email pembaca yang telah memesannya sejak awal lagi. E-Buku ini tentang apa? Saya menulis secara santai 21 isu berkisar atau berlegar dalam dunia guru-guru. Adalah diingatkan bahawa penulisan di dalam e-buku itu adalah tulisan atau pandangan peribadi saya sahaja. Topik apa? Antara topik yang saya sentuh dalam e-buku ini : …

URUS MEETING EMOSI TERURUS

Salah satu isu yang penting dan perlu diambil kira oleh pengurusan sekolah ialah pengurusan mesyuarat di sekolah. Ada banyak mesyuarat yang perlu dihadiri oleh guru-guru. > Mesyuarat Guru > Mesyuarat Panitia > Mesyuarat Kelab > Mesyuarat khas program Dan macam-macam mesyuarat lagi. Saya ada menyentuh juga isu ini di dalam e-book DUA PULUH SATU TIP RAHSIA CIKGU BAGUS. Salah satu isu yang saya nak sentuh di sini ialah tempoh masa mesyuarat …

CIRCLE WHATSAPP GROUP

Apa itu Circle Whatsapp Group? Kebiasaannya kita akan dijemput atau terpaksa masuk ke sesebuah whatsapp group, betulkan? Terutama sekali grup besar guru dan staf di sekolah atau unit masing-masing. Saya juga percaya whatsapp group menjadi salah satu aplikasi paling popular dan berjaya. Ia sungguh memudahkan urusan komunikasi kita. Setuju? Ideanya ialah kita mewujudkan sebuah grup yang sama minat dalam sesuatu perkara dan kita mahu cemerlang dalam bidang tersebut. Maka kita …

KERJA SECARA BERMENTOR

Secara ringkasnya ramai orang berjaya di luar sana hasil bekerja secara bermentorkan seseorang. . Dalam kerjaya gurupun begitu. Apabila ada seseorang yang mampu memberi tunjuk ajar, membimbing daripada asas kepada yang lebih tinggi, maka seseorang itu akan mampu menjadi seorang guru yang hebat. . Siapa mentor tuan puan sekarang? . Ketika saya ‘terjebak’ dalam dunia penulisan, saya ada mentor yang menjadi tempat rujuk tentang ilmu penulisan. . Dan sekarang saya …

REWARD & PUNISHMENT

22 tahun berada dalam dunia pendidikan banyak mengajar saya tentang DUA perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pendidik. Dan ia juga perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang bergelar ayah ataupun ibu. . REWARD dan PUNISHMENT Kedua-dua ini perlu diseimbangkan bagi meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar. . Apa itu REWARD? Pujian Upah Hadiah Ganjaran Apabila pelajar tersebut memperoleh atau mencapai sesuatu yang kita harapkan. Semua itu diberikan bertujuan untuk meningkatkan …

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU BAGUS.

Saya sentiasa teruja dengan persinggahan anda ke blog ini. Saya juga tak pernah lelah untuk menitip sesuatu di blog ini sebagai perkongsian kita bersama. Penulisan saya di blog ini menjurus kepada dunia cikgu-cikgu sahaja. Semoga apa yang ditulis di blog ini mampu memberikan 1001 manfaat buat semua termasuk yang bukan cikgu, Sekurang-kurangnya anda mengerti jerit perih seorang cikgu. Ketika saya mula-mula menjejak kaki ke Bumi Di Bawah Bayu, saya masih …