REWARD & PUNISHMENT

22 tahun berada dalam dunia pendidikan banyak mengajar saya tentang DUA perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pendidik. Dan ia juga perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang bergelar ayah ataupun ibu.
.
REWARD dan PUNISHMENT
Kedua-dua ini perlu diseimbangkan bagi meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar.
.
Apa itu REWARD?
Pujian
Upah
Hadiah
Ganjaran
Apabila pelajar tersebut memperoleh atau mencapai sesuatu yang kita harapkan. Semua itu diberikan bertujuan untuk meningkatkan motivasi mereka. Lagi bagus, ia sesuatu yang pelajar harap-harapkan.
.
Apa itu PUNISHMENT?

Suatu hukuman bersifat mendidik.supaya pelajar tidak mengulangi kesalahan. Apabila saya menyebut ‘hukuman bersifat mendidik’, maka ia bukan bersifat kekerasan atau dengan emosi yang tak terkawal. Isu hukuman ini agak panjang juga kalau mahu diperincikan lagi dan ia menimbulkan pelbagai reaksi. Dan saya pernah berdepan banyak isu hukuman ini dan perlu ditangani dengan bijaksana.
Antara bentuk ‘punishment’ adalah nasihat dan tutur kata yang lembut bagi memberitahu pelajar bahawa sesuatu perbuatan itu salah dan harus ditinggalkan segera.
.
Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat dan dapat dijadikan salah satu ilmu yang mampu dipraktikkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *