CIRCLE WHATSAPP GROUP

Apa itu Circle Whatsapp Group?

Kebiasaannya kita akan dijemput atau terpaksa masuk ke sesebuah whatsapp group, betulkan? Terutama sekali grup besar guru dan staf di sekolah atau unit masing-masing. Saya juga percaya whatsapp group menjadi salah satu aplikasi paling popular dan berjaya. Ia sungguh memudahkan urusan komunikasi kita.

Setuju?

Ideanya ialah kita mewujudkan sebuah grup yang sama minat dalam sesuatu perkara dan kita mahu cemerlang dalam bidang tersebut. Maka kita perlu berada dalam kelompok orang-orang positif yang ‘menolak’ untuk kita terus naik ke atas dan menjadi seseorang yang kita impikan.

Pada pandangan peribadi saya sahaja, sesebuah grup itu tidaklah terlalu ramai sehingga sukar dikawal perbualannya. Saya mencadangkan ia sekitar 3-10 orang sahaja. Dalam kumpulan itulah segala idea dan gerak kerja kita dibincangkan. Telus dan tiada rasa sangsi.

Contoh:

Cikgu mahu sukses dalam mendidik anak-anak didik yang dalam kelas sederhana pencapaiannya. Dan cikgu kenal beberapa orang rakan cikgu dari sekolah lain atau negeri lain, dan juga seorang yang mampu memberi bimbingan atau idea untuk meningkatkan pencapaian murid-murid cikgu tersebut.

Cikgupun mewujudkan satu circle grup yang dinamakan ‘Circle Cikgu Ohsem (CCO)’. Dalam grup tersebut fokus perbincangan tentang kemahiran atau penemuan terbaharu berkaitan peningkatan murid-murid cikgu. Masing-masing akan berkongsi apa yang mereka lakukan dan pencapaian semasa melalui status, mesej suara ataupun video.

Kenapa kena lakukan ini semua?

Kita kadangkala buntu dan lesu apabila berseorangan. Fitrah kita manusia perlukan teman atau orang yang boleh menyokong kerja buat kita. Berbanding kita merungut dan merungut dengan keadaan murid-murid, alangkah baiknya pendekatan proaktif ini dilakukan.

Acu cuba try test

Cikgu boleh mulakan sekarang. Lihat kesan atau impaknya nanti. Boleh kongsikan dengan saya juga nanti. Semoga apa yang kita lakukan beroleh hasil yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *