DETIK 12 MALAM 01 MEI 2017

DETIK PUKUL 12.01 pagi pada 01 Mei 2017, E-Buku DUA PULUH SATU TIPS RAHSIA CIKGU BAGUS akan masuk ke kotak email pembaca yang telah memesannya sejak awal lagi.

E-Buku ini tentang apa?

Saya menulis secara santai 21 isu berkisar atau berlegar dalam dunia guru-guru. Adalah diingatkan bahawa penulisan di dalam e-buku itu adalah tulisan atau pandangan peribadi saya sahaja.

Topik apa?

Antara topik yang saya sentuh dalam e-buku ini :

[1] Kenapa Kita Pilih Kerjaya Guru?
[2] Bangga Jadi Cikgu
[3] Murid Saya Teruk
[4] Soalan Untuk Cikgu Bagus
[5] Jangan Berkira Sangat
[6] Peluang Pada Setiap Keadaan
[7] Emosi Bagus Untuk Cikgu Bagus
[8] Cikgu Bagus Cikgu Berintegriti
[9] Bekerja Dengan Seronok
[10] Beli Emosi Murid
[11] Teknik Berfikir Secara Positif
[12] Hormati Ketua, Tunggu Giliran Kita

Kenapa saya tulis e-Buku ini?

Saya ingin berkongsi isu-isu seputar dunia cikgu dan memberi ruang kepada para pembaca yang mungkin terdiri daripada pentadbir sekolah, pegawai pendidikan atau sesiapa sahaja melihat kerjaya ini dari sudut pelbagai.

Siapa perlu baca?

Sudah tentu cikgu-cikgu yang paling utama. Dan ia terbuka kepada semua pembaca yang berminat tentang dunia pendidikan.

Impak?

Terpulang kepada pandangan masing-masing. Saya bukan ‘magician’. Dan sudah tentu saya sebagai penulis mahukan sesuatu yang lebih baik kepada para pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *