SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU BAGUS.

Saya sentiasa teruja dengan persinggahan anda ke blog ini. Saya juga tak pernah lelah untuk menitip sesuatu di blog ini sebagai perkongsian kita bersama. Penulisan saya di blog ini menjurus kepada dunia cikgu-cikgu sahaja. Semoga apa yang ditulis di blog ini mampu memberikan 1001 manfaat buat semua termasuk yang bukan cikgu, Sekurang-kurangnya anda mengerti jerit perih seorang cikgu.

Ketika saya mula-mula menjejak kaki ke Bumi Di Bawah Bayu, saya masih tertanya-tanya kepada diri, “Benarkah aku bersedia untuk menjadi seorang cikgu?” Maklumlah ketika itu saya masih muda belia. Hehe

Sama ada anda bersedia atau sebaliknya, anda sekarang seorang cikgu,maka hadapilah cabaran seorang cikgu dengan hati yang tenang. Tidak semua perkara yang kita mahu itu sebaik-baiknya untuk kita. Tuhan lebih Maha Mengetahui.

Salam kasih sayang daripada saya.
Wan Zayuhisham Wan Yusoff
Pengasas Rahsia Cikgu Bagus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *