URUS MEETING EMOSI TERURUS

Salah satu isu yang penting dan perlu diambil kira oleh pengurusan sekolah ialah pengurusan mesyuarat di sekolah. Ada banyak mesyuarat yang perlu dihadiri oleh guru-guru.
> Mesyuarat Guru
> Mesyuarat Panitia
> Mesyuarat Kelab
> Mesyuarat khas program

Dan macam-macam mesyuarat lagi. Saya ada menyentuh juga isu ini di dalam e-book DUA PULUH SATU TIP RAHSIA CIKGU BAGUS.

Salah satu isu yang saya nak sentuh di sini ialah tempoh masa mesyuarat yang terlalu lama. Ibaratnya sampai nak reput kerusi, mesyuarat belum selesai. Gurau saja tu ya!

Oleh itu, pengerusi tetapkan awal tempoh mesyuarat berdasarkan agenda mesyuarat.

“Kita akan berhenti mesyuarat ini pada pukul 3.00 petang.”

“Kita akan selesaikan mesyuarat kita dalam tempoh satu jam sahaja.”

Pada masa mula mesyuarat ialah pada pukul 1.45 petang. Jadi, ahli mesyuarat sudah maklum dan senang hati kerana ia sudah ditetapkan lebih awal dan mereka boleh merangka apa-apa program selepas itu.

Walau bagaimanapun, ia melihat kepada agenda mesyuarat yang telah ditetapkan lebih awal. Mungkin mesyuarat itu perlukan masa yang agak lama, maka ahli mesyuarat perlu akur dan bersedia untuk tempoh tertentu.

Saya yakin dan percaya berdasarkan pengalaman mempengerusi mesyuarat, apabila kita sudah biasa menguruskan masa mesyuarat dengan bijak, ahli-ahli mesyuaratpun gembira dan aktif. Apa yang penting persediaan sebelum mesyuarat atau biasa kami lakukan iaitu pre-mesyuarat.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *