80 PERATUS GAGAL?

“Siapa solat Subuh pagi tadi?”

Sekitar 80 peratus angkat tangan. Walaupun murid-murid ini masih di bangku sekolah rendah. Ibadah solat ini sudahpun menjadi kewajipan yang harus diberi keutamaan.

Soalan kedua.

“Siapa yang tak solat penuh lima waktu semalam?”

Sekitar 80 peratus juga yang angkat tangan.  Suatu jumlah yang besar apabila majoriti murid gagal solat sempurna lima waktu sehari semalam.

Harus bagaimana?

Usahlah kita menuding kepada siapa-siapa. Apa yang perlu kita lakukan sekarang sebagai seorang cikgu adalah mengambil berat isu ini dan sentiasa menggalakkan murid-murid untuk solat di sekolah dan di rumah.

Apabila ditanya kenapa murid ini begini dan begitu?

Kita bina dahulu asas kekuatan diri sebagai seorang muslim dengan mengerjakan solat lima waktu sepenuhnya. Pengalaman saya berada bersama pesalah-pesalah juvana yang telah disabitkan kesalahan dan sebaliknya sangat menyayat hati. Mereka ada potensi, namun tersilap langkah dalam kehidupan dan terjerumus ke kancah jenayah.

Dan rata-rata daripada mereka GAGAL dalam ujian SOLAT.

Bersabda Rasulullah, ‘Bagaimana pendapat kamu jika salah seorang di antara kamu mendapati di hadapan rumahnya ada sebatang sungai lalu ia mandi di sungai itu 5 kali dalam sehari. Apakah masih ada lagi kotoran pada badannya? Jawab sahabat, ‘Sudah tentu tiada lagi kotoran padanya’. Kata Rasulullah, ‘Maka demikianlah juga dengan sembahyang 5 waktu, Allah menghapuskan dengannya dosa-dosa itu’. (H.R. Bukhari & Muslim)

Apa yang kami mampu lakukan lagi? Ini tanggungjawab ibu bapa pula.

Benar, tanggungjawab sebenar murid-murid ini untuk solat adalah tugas ibu bapa mereka. Apa yang mampu kita sebagai cikgu lakukan:

[1] Terus berterusan berikan peringatan supaya solat fardu semasa di perhimpunan pagi.
[2] Selingan semasa pdpc di dalam kelas. Ceritakan kewajipan solat dan impak kepada diri mereka.
[3] Letakkan ‘bunting’ atau ‘banner; di kawasan sekolah tentang keindahan dan kawajipan solat.
[4] Mural tentang solat.
[5] Pihak Panitia Pendidikan Islam adakan aktiviti berkaitan semasa minggu panitia. Aktiviti yang boleh dilakukan seperti kuiz solat, simulasi solat, dan sebagainya.
[6] Dapatkan penaja untuk letakkan televisyen di kantin sekolah dan sentiasa diulang siar tentang solat.
[7] Wujudkan budaya solat di sekolah.

Semoga cetusan penulisan ini mampu memberikan sesuatu idea yang lebih kepada cikgu-cikgu. Harapan kita adalah melahirkan murid-murid cemerlang dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *