PROGRAM MURID BAGUS SKOR A

Hampir 200 calon UPSR 2017.
SK SUBANG BESTARI 2, SHAH ALAM.
9.00 pagi – 12.00 tengah hari.

Saya bawakan modul MURID BAGUS SKOR A.

Apa yang dikongsi dengan peserta-peserta?

Antara perkongsian saya selama tiga jam itu ialah:

1- Pelajar S.M.A.R.T
2- Kelebihan solat fardu
3- 10 cara pengurusan masa gaya murid bagus.
4- 7 Teknik Belajar

Saya kongsikan TIGA cara pengurusan masa gaya murid bagus:

[1] Rancang Jadual Harian – Ini bagi memastikan setiap apa yang kita lakukan pada setiap hari itu dalam perancangan kita.

[2] Had Masa – Dalam setiap apa yang kita lakukan perlu ada had masa ditetapkan. Ini akan membuatkan kita dapat mengurus masa dengan lebih baik.

[3] Jejaki Masa Lepas – Kita boleh jadikan segala kesilapan lepas sebagai pedoman dan merangka startegi baharu. Cuba kita ingat semula apakah yang kita lakukan semalam? Senaraikan sama ada ia sesuatu bermanfaat atau sebaliknya.

Antara teknik belajar yang boleh diamalkan oleh murid-murid ialah:

[1] Tulis nota – Teknik menulis nota dengan 3 bahagian di atas sehelai muka surat.
[a] Tulis catatan ringkas yang kita tak faham ( sebelah kiri)
[b] Tuliskan perkara yang disampaikan oleh guru ( ruang sebelah kanan)
[c] Soalan-soalan yang akan ditanya kepada guru ( ruang bawah)

[2] Fokus dan Faham – Ramai dikalangan gagal untuk fokus dan faham ketika pdpc di dalam.

[3] Cerita Semula – Kita ambil sehelai kertas kosong dan ceritakan semula apa yang dibaca di atas kertas tersebut.

Jika dapat lakukan dengan baik. Ini bermakna anda sudah bersedia untuk masuk dewan peperiksaan. Jika masih gagal menjawab, maka anda perlu berhati-hati kerana anda masih belum bersedia untuk menduduki peperiksaan. Kena berwaspada segera.

Semoga bermanfaat.

 

One thought on “PROGRAM MURID BAGUS SKOR A

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *