6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS

6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS?

Sebenarnya ia bukanlah suatu rahsia besar. Ramai dikalangan pentadbir atau warga cikgu yang telah berjaya dengan enam rahsia ini. Apa juga rahsia atau kaedah, ia terpulang kepada bagaimana ia dilaksanakan. Perasan tak, kita sudah banyak mendengar atau membaca bermacam-macam tip dan terbukti mereka berjaya. Isunya adalah kita mahu buat atau sebaliknya. Jadi, saya kongsikanlah juga enam rahsia ini bermula dengan rahsia pertama.

Gambar Hiasan

Rahsia pertama ialah PERSEKITARAN.

Kita lihat semula persekitaran di sekolah tempat kita bekerja. Adakah keadaan sekitar sekolah, keluarga murid-murid,  sistem di sekolah, dan tenaga kerja di sekolah menyokong sasaran pentadbiran sekolah untuk menjadi sekolah bagus ataupun sekolah cemerlang?

Persekitaran itu bukan sekadar kawasan sekolah yang cantik, malah keseluruhan yang melibatkan sekolah itu sendiri memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah sekolah.

WoW! Bukan perkara yang mudah ya? Memang benar, itulah yang dikongsikan oleh rakan pentadbir di salah sebuah sekolah. Tugas pertama beliau semasa melaporkan diri di sekolah tersebut ialah melihat persekitaran sekolah tersebut dalam segala aspek. Kemudian beliau uruskan satu persatu termasuk persekitaran budaya kerja di sekolah tersebut. Setiap orang dalam organisasi di sekolah tersebut, beliau jumpa dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Dan ia bukan kerja satu dua hari. Ia perlukan masa dan strategi. Kalau nak ditulis dalam ruangan terhad ini rasanya tak cukup.

Apa yang penting ialah sekiranya kita gagal mencapai target yang kita mahu, kita lihat semula persekitaran sekolah kita. Persekitaran cantik itu penting dan perlu. Apa yang penting juga persekitaran suasana kerja warga cikgu dan pentadbir sekolah yang harmoni akan membantu mempercepatkan proses peningkatan prestasi sekolah.

Sekadar idea dan saranan ringkas. Topik ini sangat luas dan panjang untuk diperjelaskan secara terperinci. Jom! Semak semula persekitaran sekolah dan sama-sama berusaha mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan matlamat besar sekolah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *