6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS – 2

Semua orang mahukan kejayaan. Semua orang mahukan sesuatu yang diimpikan. Begitu juga dengan impian Sekolah Bagus. Ia bukan sekadar cakap-cakap kosong dan perlu disertakan langkah-langkah yang betul. Pagi tadipun saya dan rakan-rakan sepejabat ke sebuah sekolah di daerah Klang. Sekolah tersebut telah dipilih sebagai ‘Sekolah Angkat’ sektor kami. Oleh itu, tugas besar kami ialah membantu sekolah tersebut meningkatkan pencapaian pelajar terutamanya dalam peperiksaan UPSR. Wow! Ia bukan tugas mudah.
Pada kali ini saya ingin kongsikan rahsia kedua ‘Sekolah Bagus’ ialah tingkahlaku.

Tanya diri, adakah cara fikir, tabiat, dan rutin guru-guru dan murid-murid di sekolah bersesuaian dengan matlamat menjadi ‘Sekolah Bagus’.

Tanya diri, apa yang tuan puan ucapkan sekarang? Sama ada ia diluahkan ataupun ia terdetik dari hari tuan puan. Setiap apa yang kita mahu luahkan hasil daripada apa yang kita fikirkan.Setuju?

Untuk menjadi warga ‘Sekolah Bagus’, seluruh warga sekolah harus dilatih untuk bertingkahlaku sebagai seorang yang mahukan kecemerlangan. Lihat kepada rutin seorang yang berjaya dan nilai pula kepada diri kita dan rakan-rakan lain. ¬†Ada sekolah yang rutin harian guru-guru dan murid-muridnya solat hajat dan solat sunat Dhuha pada setiap hari di surau sekolah, dan mereka telah buktikan dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Di salah sebuah sekolah telah mendidik pelajar mereka mengemas bilik asrama dengan teratur dan bersih. Dan terbukti apabila kami buat lawatan mengejut ke asrama sekolah mereka. Semua katil dan bilik tersusun rapi. Apa yang mereka lakukan itu bukan dibuat-buat, tetapi ia sudah menjadi tabiat dan rutin harian mereka.

Di salah sebuah sekolah telah membudayakan salam. Murid-murid akan terus tundukkan kepalah sedikit dan memberi salam kepada semua tetamu yang masuk ke kawasan sekolah mereka. Para ibu bapa juga memuji sikap budi bahasa murid-murid di sekolah berkenaan. Ini semua adalah rutin cemerlang yang dididik oleh pengurusan sekolah.

Sekarang lihat sasaran sekolah masing-masing. Dan lihat semula tingkahlaku warga sekolah bertetapan atau menjauh daripada sasaran yang ditetapkan. Jika ia dalam proses, tahniah dan istiqamah untuk melaksanakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *