SELAMAT HARI GURU 2017

ALHAMDULILLAH. Kita masih diberikan kesempatan untuk berada pada sambutan kesekian kalinya pada tahun ini. Tahun 2017 pastinya memberikan cabaran berbeza. Guru-guru dipalit dengan pelbagai isu di peringkat sekolah ataupun nasional. Cabaran para guru sekarang juga semakin mencabar.

Apapun cabarannya, saya yakin percaya para guru mampu hadapi dengan hati yang penuh keazaman. Dalam kemelut ekonomi semasa,kita dihimpit dengan kekurangan kewangan yang ketara. Para ibu bapa juga menerima kesannya. Maka, kita perlu bersabar dalam tempoh sebegini. Bertahun-tahun kita berada dalam situasi yang lebih baik sebelum ini. Cabaran ekonomi global pastinya memberi kesan kepada kita juga.

KIta fokus kepada tugas hakiki kita.
Kita fokus kepada kecemerlangan pelajar kita.

KIta fokus kepada ilmu pengetahuan kita.
Kita fokus kepada kemahiran kita.
Tingkatkan dan terus tingkatkannya.

Raikan perayaan Hari Guru pada tahun ini dengan meriah walaupun bersederhana. Suntikanlah pengisian bermanfaat selain seronok dengan hari keramat kita ini. Padukan hubungan antara kita. Pereratkan hubungan dengan komuniti setempat dan para ibu bapa. Biarkanlah pelajar-pelajar berasa seronok berada di sekolah. Maka, kita perlu lakukan sesuatu berbeza. Sesuatu yang lebih menarik.

Untuk semua sahabat para guru.

SELAMAT HARI GURU
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *