KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

Dalam slot Rahsia Cikgu Bagus selama dua jam saya berkongsi tiga aktiviti:

1] Air Force One
2] Garis Masa Kerjaya
3] 1 Isu

 

Walaupun nampak santai dengan tiga aktiviti sahaja, ia penuh dengan diskusi, refleksi dan infomasi kerjaya para peserta terdiri daripada Guru Pendidikan Islam (GPI) yang bertugas di sekolah rendah dan menengah seramai 32 orang. Aktiviti-aktiviti yang dirancang itu bagi memenuhi matlamat pihak penganjur untuk berkongsi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan GPI di sekolah-sekolah.

 

 

Para peserta juga diberi ruang seluasnya untuk menzahirkan pandangan mereka terhadap cabaran dan cadangan  untuk meningkatkan kerjaya masing-masing. Antara isu yang saya minta mereka bincangkan dan selesaikan :

[1] Iklim Dini Di Sekolah
[2] Tak Siap Buku Rekod Mengajar
[3] Masuk Kelas Lambat
[4] Lawan Pihak Pentadbir
[5] Tiada Persefahaman Di Kalangan GPI
[6] Mengutamakan Kerja/Tugasan Luar

Selain itu mereka juga diminta berkongsi lima pengalaman hebat di sepanjang perkhidmatan mereka sebagai seorang GPI. Dan rata-rata telah menunjukkan prestasi cemerlang dan boleh dijadikan contoh. Dalam segmen Garis Masa ini juga para peserta berpeluang untuk berkongsi kejayaan mereka sebelum ini.

Salah satu perkara yang menarik juga pada kali ini, majoriti peserta tidak lokek pengalaman dan aktif dalam sesi selama dua jam tersebut. Saya lagi lagi teruja bersama-sama mereka. Tahniah.

SELAMAT HARI GURU
Guru Pembina Negara Bangsa.

2 thoughts on “KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *