RAMADAN KAREEM

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN kepada semua pengunjung cikgubagus.com dan para peserta RAHSIA CIKGUS BAGUS serta para pelajar.

ALHAMDULILLAH, kita sudah berada pada hari kedua bulan yang penuh kerahmatan ini. Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang untuk berada di bulan mulia ini.

Panjatkan kesyukuran itu bukan sekadar mengungkap ALHAMDULILLAH sahaja. Buktikan dengan perlakuan dan pelaksanaan ibadah kita kepada Yang Maha Esa. Banyak sekali ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Sungguh rugi, jika kita biarkan Ramadan ini berlalu begitu sahaja tanpa mengambil peluang yang terhidang di depan mata ini.

Antara amalan yang dijanjikan kenikmatan di hari akhirat kelak sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya adalah :
[1] Berpuasa
[2] Membaca Al-Quran
[3] Qiamullail
[4} Bersedekah
[5] Solat Sunat Terawih
[6] Memperbanyakkan doa
[7] Umrah (jika berkemampuan)

Dan yang paling dinanti-nantikan ialah beribadah pada malam LAILATUL QADAR. Tiada sesiapa tahu masa akan berlakunya malam lailatul qadar. Apa yang perlu kita lakukan sekarang pada setiap malam kita perbanyakkan ibadah kita selain bersolat terawih di surau atau masjid.  Bersama-samalaj kita mempertingkatkan azam untuk menjalani ibadah puasa kali ini sebagai ibadah puasa yang terbaik sekali.

Akhir kalam, selamat menjalani ibadah puasa dan doakan hari-hari yang kita lalui dalam bulan mulia sentias diberkati oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *