6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS – 3

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan jaguh badminton negara kita Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain badminton paling berjaya dan meletakkan dirinya di tangga pertama dunia dalam tempoh yang agak lama? Dan rekod pemain tersebut masih gagal diatasi oleh mana-mana pemain negara sekarang.

KEMAMPUAN

Apa yang saya nak kongsi berkaitan kemampuan ini adalah kemahiran yang dimiliki oleh Lee Chong Wei menjadikan dirinya pernah bergelar pemain nombor satu dunia.

Dan kita tanya pula apakah kemahiran-kemahiran yang perlu kita miliki untuk menjadikan sekolah kita cemerlang dari semua aspek terutamanya dalam pembinaan sahsiah diri dan pencapian peperiksaan. Ia harus bermula daripada kemahiran kepemimpinan di peringkat pentadbir sekolah sehingga kepada pengawal keselamatan di pintu pagar sekolah.

KEMAHIRAN GURU DI DALAM KELAS

Salah satu faktor kecemerlangan pelajar adalah kejayaan guru-guru berkomunikasi dan menyampaikan ilmu di dalam kelas. Kaedah pdpc guru sangat penting bagi memastikan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan pelbagai teknik mengajar.

Apakah teknik yang guru-guru aplikasikan sekarang di dalam kelas? Bukan sekadar menggunakan LCD semata-mata. Ataupun pembentangan kerja kursus sahaja. Ia perlukan kepelbagaian kaedah penyampaian dan pendekatan dengan pelajar-pelajar.

Oleh sebab itu, peranan pihak pentadbir sekolah menyebarluaskan kaedah-kaedah terkini melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) atau membeli buku-buku berkaitan sebagai bahan bacaan guru. LADAP adalah kaedah mudah dan ‘shortcut’ untuk mendapatkan ilmu berbanding guru-guru membuat penyelidikan sendiri di internet atau sebagainya.

ini adalah RAHSIA ketiga yang saya dedahkan kepada tuan-tuan untuk diaplikasikan di sekolah. Ini juga sekadar cadangan peribadi dan ia terpulang kepada kebijaksanaan pihak pentadbir. Dan saya yakin para pengetua dan guru besar sudahpun didedahkan dengan gaya kepimpinan di sekolah dalam kursus NPQEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *