I LOVE MY JOB

Saya pernah bertanya salah seorang Jurulatih Utama kami di Selangor. “Apa yang membuatkan sheikh sanggup bekerja lebih masa dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan?”

“Saya suka bekerja terutama melibatkan anak-anak didik kita. Mungkin inilah peluang yang Allah bagi kepada saya untuk berbakti kepada anak bangsa dan agama. Saya tiada harta untuk disumbangkan, tapi saya ada kudrat untuk mereka.”

 Wow! Saya sangat terharu sekali.

Dan saya percaya ramai lagi guru di luar sana  yang sanggup berhempas pulas mendidik anak didik mereka di sekolah terutamanya. Apatah sekarang ini cabaran yang didepani oleh guru cukup getir. Bukan sembarangan guru yang sanggup berhabis tenaga dan wang ringgit kerana anak didik. Dan saya pernah bekerjasama dengan guru-guru sebegini di sepanjang tugas saya di Jabatan selama empat tahun ini. Hebat sekali.

Apabila minat dengan sesuatu pekerjaan atau tugas, walau apapun cabaran, ia bukan lagi menjadi suatu masalah atau penghalang.

Tanya diri, adakah tuan puan memilih kerjaya guru kerana minat dan pilihan pertama kerjaya anda?

Jika ia pilihan terbaik kerjaya tuan puan. Saya percaya tuan puan juga antara guru yang tak pernah lokek untuk memberikan masa luang kepada anak didik dan kerjaya tuan puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *