RAHSIA MURID BAGUS SK SUBANG BESTARI 2

“Program ni untuk bagi motivasi kepada murid Tahun 6…nak bagi diaorang kuat/ready dari segi mental dan rohani untuk menghadapi exam nanti.”

Ini adalah permintaan guru penyelaras. Dan saya cukup faham situasi guru apabila murid-murid kurang motivasi apabila menjelang tarikh peperiksaan. Murid-murid pula relaks dan tenang-tenang sahaja. Guru pula yang menggelabah. Itu normal. Oleh itu, suatu usaha perlu dilakukan segera.

Dan saya tawarkan Program Rahsia Murid Bagus menjelang fasa terakhir UPSR di sekolah ini. Saya tekankan isu SEDAR tentang apa yang bakal calon-calon ini hadapi nanti. Pada masa yang sama modul ini fokuskan isu-isu semasa murid seperti MALAS, CEPAT LUPA, STRATEGI BELAJAR, TAK FAHAM-FAHAM, SIKAP, MALU BERTANYA dan PENGURUSAN MASA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *