KUNCI RAHSIA MURID HORMATI KITA

Saya pernah ditanya oleh seorang peserta, “Bagaimana kita mahu membina hubungan baik dengan murid dan mereka hormati kita sebagai cikgu mereka?”

“Mudah sahaja.”

“Mudah? Bagaimana?”

“Hormati mereka sebagai murid kita. Dan hargai mereka sebagai murid kita.”

Murid juga perlu dihormati.

“Bagaimana?” Cikgu itu mahukan penjelasan lanjut.

[1] Mendengar

Maksud saya bukan sekadar mendengar sambil kita lakukan pekerjaan lain. KIta mendengar sungguh-sungguh apa yang diperkatakan oleh mereka. Tumpuan mata dan badan kita ke arah murid tersebut. Kita dapat mendengar dengan jelas tentang apa yang diperkatakan. Seandainya kita sibuk pada masa itu, minta murid itu berjumpa pada lain masa. Jika ini diamalkan, saya percaya murid-murid akan hormati kita sebagai guru mereka.

[2] Berikan Pilihan

Murid-murid akan lebih suka jika kita berikan pilihan untuk mereka tentukan. Kalau dalam NLP, ia dipanggil ‘The Double Bind’. Ini bermaksud kita memberikan mereka dua pilihan. Namun begitu, dua pilihan itu mengikut apa yang kita mahukan juga.

Contoh:
Kita mahu murid-murid siapkan tugasan dan hantar pada hari ini. Berikan mereka pilihan.
“Kamu siapkan tugasan ini sekarang atau selepas waktu rehat dan hantar ke meja saya sebelum pulang.”

Ulangkaji subjek.
“Kamu mahu ulangkaji subjek ini dengan saya atau dengan Cikgu Salman?”

SiapkanĀ latihan.
“Kamu mahu siapkan latihan topik ini di kelas atau di perpustakaan?”

[3] Tunjukkan penghargaan kita.

Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah sentuhan fizikal (ikut jantina). Ia sangat berkesan dan membuatkan murid-murid ‘tersentuh’ emosi dengan kita. Pelukan juga satu terapi. Di samping itu juga kita ucapkan selamat hari lahir kepada murid-murid di dalam kelas kita. Tak perlu nak sediakan hadiah, cukup dengan kita menyanyikan lagu dan mendoakan seseorang murid itu. Wow! Ia sesuatu yang pastinya menyentuh emosi mereka.

Cukup dengan tiga langkah ini dahulu. Rasanya apabila dilakukan ketiga-tiga inipun dah cukup baik dan menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan kita. Benar,tugas guru kini sangat mencabar sehingga kita tiada ruang untuk memberi tumpuan secara individu. Apapun demi hasil yang baik, kita harus mulakan juga. Mungkin dengan kaedah ini, ia mampu menjadikan murid-murid kita memberi tumpuan dan cemerlang dalam subjek yang kita ajar.

One thought on “KUNCI RAHSIA MURID HORMATI KITA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *