VIRUS ORGANISASI

“Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesuatu usaha atau gerak kerja organisasi yang kita sertai, baik duduk diam sahaja. Tak perlulah kita pula menjadi VIRUS dan mempengarusi rakan sekerja yang lain. Ia tak memberi kebaikan untuk diri dan orang lain juga.” Begitulah pesanan seorang guru lama dan berpengalaman luas dalam kerjaya perguruan.

Saya yakin dan percaya, dalam sesebuah organisasi,tak semua suka atau setuju dengan apa-apa tindakan ketua mereka. Mungkin tujuan ketua itu baik, namun ia dirasakan kurang sesuai dengan iklim setempat. Lantas, ada sebahagian yang kurang bersetuju dan mula mempengaruhi rakan sekerja lain agar ikut serta mereka juga.

Antara perkara yang membuatkan sebilangan anggota organisasi kurang bersetuju adalah :

  1. Tugasan tersebut memenatkan.
  2. Tugasan tersebut sukar untuk dicapai.
  3. Sikap seseorang yang sentiasa tak bersetuju dengan ketua mereka.
  4. Malas.
  5. Banyak tugasan lain perlu dilaksanakan.
  6. Berada dalam organisasi zon selesa sebelum ini.
  7. Perlukan kos kewangan.
  8. Kurang jelas dengan matlamat hasrat ketua.

Sekiranya terdapat rakan organisasi yang sentiasa berusaha ‘menjatuhkan’ ketua organisasi, anda perlu bertindak segera bagi memastikan virus tersebut tidak merebak sehingga menjadi ‘barah’ yang sukar diubati. Ia bukan sahaja menyusahkan ketua organisasi, malah anda juga akan terpalit sama.

Antara usaha untuk menangani isu ini, soalan-soalan berikut boleh ditanyakan kepada mereka dan anda dengar apa jawapan daripada muliut mereka sendiri.

  1. Apa yang kamu mahu sebenarnya?
  2. Sekiranya kamu berada di kerusi ketua kita, apa tindakan kamu akan laksanakan demi organisasi.
  3. Kenapa idea ketua kita ini perlu dibantah?
  4. Bagaimana cara kita mahu bertindak dengan lebih baik untuk organisasi?
  5. Adakah ada cara kita bantu perkemaskan idea ketua kita itu?

Oleh itu, selagi kita masih berminat dengan kerjaya dan belum menjadi seorang ketua, kita perlu ikut apa jua arahan ketua selagi tak bercanggah dengan agama dan peraturan. Tunggu pada saat kita menjadi ketua nanti, dan rencanakanlah organisasi dengan acuan kita pula.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *