NAK CERITA TENTANG 2K

 

Hari ini sehari suntuk berada di salah sebuah sekolah yang mewakili negeri Selangor dalam pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah(ASISS) Peringkat Kebangsaan tahun 2017. Berjam-jam saya dan ketua unit saya berbincang dari hati ke hati tentang usaha tambah baik yang perlu dilakukan sebagai persediaan ke peringkat kebangsaan. Banyak isu yan kami bincangkan sehingga lewat petang dan disertai pula tuan Guru Besar yang baru selesai bermesyuarat di luar.

Dua perkara yang menarik perhatian saya tentang sekolah ini selepas tiga tahun mencuba di peringkat negeri dan gagal mewakili Selangor sebelum ini.

KERJASAMA
KERJA KERAS

Sungguh. Ikatan kerjasasama antara Guru Pendidikan Islam (GPI), pentadbir dan rakan-rakan guru lain banyak menyumbang kepada kejayaan mereka pada tahun ini. Mana mungkin GPI ini mampu mencipta kejayaan buat sekolah tanpa sokongan padu pihak pentadbir dan guru-guru lain.

Banyak contoh yang telah saya jumpa di sekolah-sekolah sebelum ini yang berjaya di peringkat kebangsaan. Dua perkara ini membezakan mereka dengan sekolah-sekolah lain. Bukan bermaksud sekolah yang gagal berada di podium itu tidak memiliki kedua-dua perkara ini, mereka ada juga dan mungkin resipi itu belum cukup serasi lagi.

Apa yang saya cadangkan kepada pihak Guru Besar adalah membentuk pasukan yang kuat dengan mewar-warkan matlamat besar sekolah di peringkat kebangsaan ini kepada warga sekolah seluruhnya termasuk para ibu bapa. Apabila semua memahami matlamat dan proses gerak kerjanya, maka ia akan mewujudkan komunikasi yang baik dan kerjasama berkesan. Mungkin tidak semua warga sekolah dapat berikan kerjasama dan bersetuju, namun ia sekurang-kurangnya menjadikan jumlah yang mahu terlibat itu lebih majoriti.

Kepada sekolah yang berhasrat berada di tangga teratas dalam apa juga bidang perlu memiliki kedua-dua perkara ini sebagai asas kekuatan dan mencipta kejayaan.

Kerjasama
Kerja keras

#kerjasamakerjakeras

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *