PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

 

Soalan saya kepada rakan sejawat di pejabat,”Apa yang ustaz dan ustazah kita perlukan sekarang?”

Masing-masing berikan pendapat seperti semangat untuk bekerja, motivasi bekerja, dan sebagainya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran saya masih berlegar-legar idea atau perkongsian yang sesuai dan memang diperlukan oleh ustaz dan ustazah.

Kemudian Allah kurniakan idea.

“Wow! Ini mungkin jawapan yang saya perlukan.”

Rupa-rupanya apa yang saya mahu kongsikan itu sudah ada siap sedia dalam senarai kemahiran yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

RAHSIA MURID SERONOK

ini adalah sebahagian daripada modul RAHSIA CIKGU BAGUS.

Saya tak tunggu lama terus selongkar semula modul tersebut dan sesuaikan semula dengan audiens yang bakal saya temui pada 23 Ogos ini.

Jadi, saya akan kongsikan dengan para peserta seramai lebih kurang 400 Guru Pendidikan Islam seluruh Selangor modul RAHSIA MURID SERONOK.

4 KAEDAH RAHSIA MURID SERONOK bakal saya kongsikan. Modul ini saya garap dan memasukkan elemen PENDIDIKAN ABAD KE 21 dan ia tak sama dengan apa yang pernah cikgu-cikgu belajar di mana-mana kursus sebelum ini.
Insya-Allah.

2 thoughts on “PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *