2 JAM RASA SEKEJAP

Rakan sejawat memberitahu, “Saya tak sedar dah 2 jam slot ini berlangsung. Ingatkan lama nak menunggu pukul 4 petang, alih-alih tengok jam dah pukul 4.30 petang.”

 

Modul ini telah dirangka sebegitu rupa agar para peserta tak bosan dan sentiasa mahu fokus kepada setiap isi yang dikupas oleh penceramah. Tempoh masa diberikan kepada saya adalah dua jam sahaja. Ikutkan, sukar untuk sampaikan modul ini dalam tempoh masa yang boleh dianggap singkat. Apapun kita sebagai penceramah perlu akur dan menggayakan isi modul kita berdasarkan masa diperuntukan.

DUA TOPIK

Saya hanya fokus kepada dua topik sahaja.

1] Dunia Kita
   Ini lebih kepada perkongsian pengalaman dan apa sebenarnya isu yang sentiasa berlegar-legar dalam dunia pendidikan 
   di sekolah. Dan ternyata, segmen ini telah menarik minat peserta dengan perkongsian pelbagai kisah daripada rakan 
   peserta lain.

Perkongsian dua orang peserta telah menarik perhatian ramai. Seorang menceritakan detik-detik sukar berdakwah
di kalangan orang asli. Dan seorang lagi telah berjaya merubah seorang murid yang sentiasa melanggar disiplin sekolah
sehingga menjadi penghafaz al-Quran. Dan sekarang sudah menghafal 18 juzuk al-Quran. Allahu Akbar.

Saya tak dapat bayangkan ganjaran pahala untuk kedua-dua peserta berkenaan. Insya-Allah.

2] Rahsia Murid Seronok.
   Modul ini saya reka khas untuk membantu para guru untuk menjadikan kelas mereka dalam keadaan seronok dan 
   murid-murid sentiasa teruja di sepanjang tempoh PDPc. Tak kiralah masa kelas berkenaan 30 minit atau 60 minit.
   Alhamdulillah, ia diterima baik oleh para peserta dan masing-masing teruja untuk merasai sendiri empat langkah yang
   perlu dilakukan oleh seseorang guru semasa mengajar.

Rahsia Murid Seronok direka bentuk dengan kerjasama dan tunjuk ajar oleh Pengasas Rahsia Ceramah Memukau, iaitu Tuan Faizul Ikhwan Erusan. Dan saya sangat beruntung menjadi murid beliau yang diberi ruang untuk berjumpa secara kerap di pejabat beliau. Sesi pertemuan kami tak lama, sekitar 30-40 minit sahaja. Dan saya menggunakan tempoh masa itu dengan maksima. Dan hasilnya, modul ini semakin mendapat tempat di kalangan pendidik.

Apa yang penting, ia mampu memberikan kebaikan kepada para guru. Dan selepas itu dipraktikkan di dalam kelas. Dan seterusnya, murid-murid dapat belajar dengan seronok. Itulah matlamat modul ini diwujudkan dan dipasarkan kepada khalayak warga pendidik.

Terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *