Idea terbitkan e-buku dalam masa singkat sahaja. Dan dalam tempoh 2 hari saya dapat siapkan e-buku ini dan siap dengan cover dan e-banner ini. Saya tertanya-tanya, apakah perkara realistik yang mampu cikgu-cikgu lakukan untuk sedarkan murid mereka tentang MATLAMAT DIRI.
Saya tak nak berikan idea yang tak tercapai akal.
Nampak sempoi. Dan pasti cikgu-cikgu yang baca e-buku ini, “Eh! Begini sahaja ke?” atau “Eh! Kenapa aku tak terfikirpun idea ni?”
Apapun anggapan cikgu-cikgu, inilah antara banyak-banyak idea yang boleh kita ‘brainstorm’kan bersama tentang bagaimana nak sedarkan diri murid-murid bahawa mereka perlu LULUS dan BELAJAR SUNGGUH-SUNGGUH. Idea tak semestinya MAHAL dan perlukan PERBELANJAAN tinggi. Dan pasti ada idea saya itu perlukan MODAL. Iya betul.