Berprogram di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa

ALHAMDULILLAH. Saya diberi kesempatan oleh pengurusan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Senawang untuk berkongsi ilmu,skil dan pengalaman dengan 150 orang pelajar. Di sekolah ini kesemua pelajarnya adalah perempuan, jadi saya kena sesuaikan aktiviti ataupun percakapan dengan laras pelajar perempuan. Kali ini juga saya bawakan modul terkini yang lebih kepada menjurus isu-isu realiti pelajar. Lebih banyak interaksi dan mendalami apa sebenarnya yang pelajar mahukan adalah lebih bermakna berbanding saya hanya memberi dan …

Bukan Mudah Menjadi Cikgu?

Sebahagian kisah benar para guru atau yang saya sentiasa gunakan ialah panggilan cikgu. Saya tak kisah apa jua tanggapan masyarakat terhadap kerjaya ini. Kalau ada pun yang tak selari dengan teras atau hasrat kementerian, ia bukanlah mewakili semua cikgu di negara ini. Bukan mudah ya. Menjadi cikgu untuk memandaikan dan membentuk akhlak anak-anak didik. Tak kiralah cikgu yang mengajar di sekolah KPM, sekolah swasta, sekolah persendirian, pondok atau di mana …

UPSR HAMPIR BERMULA DEBARAN SUDAH TERASA

Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Segala senjata sudah diberkalkan. Tinggal lagi pencak silat ditarikan gaya. Calon-calon UPSR semakin berdebar-debar menanti soalan yang bakal mereka selesaikan pada esok hari sehingga 14 September 2017. Antara perkara penting cikgu-cikgu perlu awasi: 1] Kehadiran dan kesihatan murid. 2] Dokumen calon. 3] Kelengkapan alat tulis calon. 4] Sarapan ( Andai sekolah atau PIBG sediakan di kantin sekolah, ia lebih baik lagi) 5) Siap siaga kaunselor …

RAHSIA MURID BAGUS:SMK SRI TAPAH

Seramai 127 orang murid Orang Asli SMK Sri Tapah telah menyertai Program Rahsia Murid Bagus pada kali ini. Mereka adalah penghuni asrama sekolah dan kebanyakan datang dari kampung yang agak jauh dari sekolah. Apa yang hebatnya peserta kali ini? Saya kena puji peserta kali ini yang secara keseluruhannya menunjukkan komitmen yang cukup tinggi. Walaupun peserta kali ini dihimpukan murid-murid dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5,ia tidak menimbulkan masalah dan masing-masing …

3 JARI DARIPADA TUHAN

  Saya betul-betul terinspirasi apabila menonton video anak muda OKU ini. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga kaya raya. Beliau juga bersekolah sampai darjah enam sahaja. Namun,berkat kesedaran dan keazaman membara dalam diri, beliau telah berjaya memiliki tiga buah syarikat dalam usia 26 tahun. Sekali lagi, beliau anak muda OKU berusia 26 tahun dan bukan berasal daripada keluarga kaya berjaya membina dan memiliki tiga buah syarikat. WoW! Sungguh hebat pencapaian beliau. …