3 JARI DARIPADA TUHAN

 

Saya betul-betul terinspirasi apabila menonton video anak muda OKU ini. Beliau bukanlah berasal daripada keluarga kaya raya. Beliau juga bersekolah sampai darjah enam sahaja. Namun,berkat kesedaran dan keazaman membara dalam diri, beliau telah berjaya memiliki tiga buah syarikat dalam usia 26 tahun.

Sekali lagi, beliau anak muda OKU berusia 26 tahun dan bukan berasal daripada keluarga kaya berjaya membina dan memiliki tiga buah syarikat.

WoW! Sungguh hebat pencapaian beliau. Anda setuju?

Saya sebenarnya agak terlewat mengetahui kisah anak muda ini. Itupun apabila sifu saya memberi pinjam sebuah buku tentang diri Khairul Nizam Bin Wahiddin pada minggu lepas. Dan sifu meminta saya membaca dan hadam kisah anak muda ini. Dan benarlah ia sungguh menginspirasikan saya. Dan saya yakin anda juga akan teruja dengan liku-liku kehidupan dan kejayaan yang dikecapi oleh beliau.

 

Hanya menggunakan TIGA JARI sahaja,beliau mampu beroleh pendapatan ratusan ribu sebulan. Dan kita yang sihat ini pula bagaimana?

Saya bukan bermaksud untuk mengajak cikgu-cikgu menyertai apa-apa perniagaan di luar sana kecuali itulah impian cikgu-cikgu. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah kita warga cikgu yang seharusnya memainkan peranan besar dalam membentuk karektor murid-murid untuk menjadi seorang yang berjiwa besar.

Mahu belajar tanpa dipaksa,
Mahu datang sekolah tanpa dipaksa.
Mahu ulangkaji tanpa disuruh.
Dan ia lahir daripada jiwa mereka sendiri.

Sekali sekala di dalam kelas, ceritakan kisah-kisah inspirasi begini kepada murid-murid. Kalau boleh, tayang video kisah orang-orang berjaya ini dan bincang sama-sama.

KIta mahu murid-murid itu faham dan jelas apa hala tuju mereka sebenarnya. Ke manakah mereka akan pergi selepas keluar dari sekolah ini? Dan apakah realiti kehidupan di luar sana sekiranya memilih untuk menjadi seorang yang menangguhkan kejayaan?

Dan inilah tanggungjawab kita. Kita gunakanlah segala kemampuan yang ada untuk membimbing murid-murid untuk menjadi seseorang yang istimewa suatu hari nanti.

BUKAN SEKADAR HABISKAN SILIBUS

Benar, tugas cikgu ini cukup berat. Tambahan pula tugas kitapun bukan calang-calang sekarang. Kita dipertanggungjawab bukan sekadar lulus periksa, malah membentuk kehidupan mereka untuk menjadi manusia yang diredai Allah SWT. Dan benarlah, itu kita serahkan kepada ibu bapa mereka.

Apapun kita juga ada saham pahala sekiranya murid-murid ini mampu menjadi seseorang yang hebat suatu hari nanti. Pasti kita akan turut berbangga melihat peristiwa itu nanti.

LONTARKAN APA SAHAJA IDEA JANJI IA MENJADI

Lontarkanlah sebanyak mana idea cikgu-cikgu. Pentadbir nak terima atau menolak, ia bukan soal kita. Itu hak mereka. Prinsip saya mudah sahaja. Apa yang mampu kita usahakan, kita buat sungguh-sungguh. Kalau tak nak buat, jangan buat. Berikanlah sesuatu yang mampu murid-murid kenang siapa kita di sisi mereka di sepanjang hayat mereka. Apa yang sebelum ini, biarkanlah menjadi sejarah. Kita masih ada waktu untuk hari ini dan hari seterusnya. Kita mampu lakukan yang terbaik untuk murid-murid. Insya-Allah.

Bangga dengan anda yang bergelar CIKGU.
SEKALI MENJADI CIKGU, SELAMANYA KITA DIPANGGIL CIKGU.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *