APA NAK CAKAP LAGI?

APA NAK CAKAP LAGI?
Keluhan seorang guru yang sangat berdedikasi sejak awal tahun hingga ke minggu akhir murid-murid bakal menduduki peperiksaan UPSR 2017.

“Berbagai cara kami telah lakukan untuk mereka. Tinggal lagi kami hanya berdoa pada Yang Maha Esa agar segala apa yang kamu curahkan kepada mereka dapat direalisasikan di meja peperiksaan.” Nada guru tersebut dengan penuh emosi.

Dan saya yakin, ramai lagi sahabat-sahabat cikgu di luar sana juga begitu. Betulkan?

Antara perkara yang boleh cikgu-cikgu lakukan daripada sekarang sehingga ke titik akhir pada 14 September 2017 nanti ialah:

[1] Terus berikan kata-kata POSITIF kepada murid-murid. Elakkan sama sekali situasi kita mengherdik, memarahi ataupun mengeluarkan kata-kata kesat walaupun pada satu-satu masa itu kita rasa sangat kecewa ataupun marah.Jika merasakan gagal untuk kuasai rasa amarah. Tinggalkan sahaja tempat itu dan serahkan kepada rakan setugas untuk kendalikan murid-murid.

Kita bersendirian seketika. Istighfar. Bacalah mana-mana ayat suci al-Quran yang boleh meredakan kemarahan kita berbanding terus merungut dan merungut. Dan katakan kepada diri, “Aku sayang mereka. Aku mahu mereka berjaya. Aku sedar semua ini ujian Allah untuk aku menjadi cikgu yang lebih baik lagi.”

[2] Kaedah kedua ini saya tak ceritapun dalam e-buku terbaharu saya 10 Idea Pasakkan Matlamat Diri Murid. Dan ia boleh dilaksanakan segera oleh cikgu-cikgu. Berhasil atau sebaliknya, kita serah kepada-Nya. Kita buat dulu dan apa yang penting murid-murid dapat fokus kepada MATLAMAT mereka untuk BERJAYA dalam UPSR.

Gambar Hiasan

Minta murid-murid bawakan gambar keluarga masing-masing. Dan diawal pagi sebelum masuk ke dewan peperiksaan,minta keluarkan sebelum disimpan oleh guru. Berikan masa sekitar 2-3 minit. Lihat dalam-dalam gambar tersebut dan cikgu pandu murid-murid dengan kata-kata semangat seperti, “Inilah hari yang kita tunggu-tunggu. Inilah hari yang mak dan ayah sentiasa doakan untuk kamu semua. Mereka tak pinta apa-apa daripada kamu selain kejayaan diri kamu pada hari ini. Percayalah, walaupun mereka berada di tempat kerja atau di rumah ataupun sekarang ini berada di kantin sekolah. Mereka mahu kamu berjaya dan tanggungjawab kamu adalah buktikan siapa kamu kepada mereka.”

Dan semoleknya dalam tempoh seminggu sebelum hari peperiksaan. Buatlah aktiviti ini di dalam kelas masing-masing. Guru kelas boleh main peranan.

[3] Pamerkan GANJARAN yang pihak sekolah atau PIBG janjikan kepada sesiapa yang berjaya LULUS 6A ataupun menjadi pelajar terbaik sekolah di depan pintu masuk sekolah. Dan kemudian letakkan juga di kawasan perhimpunan murid-murid. Dan cikgu-cikgu pula ulang-ulang sebut GANJARAN itu sebagai tanda kesungguhan pihak ibu bapa dan sekolah mahu melihat mereka berjaya pada tahun ini.

Gambar Hiasan

[4] Apa yang saya catatkan ini cikgu-cikgu usah terasa hati ya. Saya mencadangkan segala apa masalah antara cikgu-cikgu, serta pentadbir dan cikgu-cikgu diselesaikan dengan cara berhikmah. Segala rasa tak puas hati ataupun apa sahaja ujian bekerja di sekolah perlu diselesaikan sebelum murid-murid melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Buangkan segala sifat mazmumah dalam diri. Ketahuilah syaitan sangat suka kita saling bermusuhan sesama sendiri. Maka apabila dah ‘settle’ segala masalah serta cikgu-cikgupun bersatu hati, maka gerak kerja menjadi lebih mudah. Doapun insyallah lebih didengar oleh Maha Kuasa.

Semoga EMPAT tip mudah ini mampu dilaksanakan oleh cikgu-cikgu di sekolah. Saya tak naklah bercerita tip-tip yang boleh temui dalam google. Hahaha…

Selamat maju jaya dan doakan kejayaan anak didik kita dalam peperiksaan kali ini. Ameen.

WAN ZAYUHISHAM WAN YUSOFF
Rahsia Cikgu Bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *