RAHSIA MURID BAGUS:SMK SRI TAPAH

Seramai 127 orang murid Orang Asli SMK Sri Tapah telah menyertai Program Rahsia Murid Bagus pada kali ini. Mereka adalah penghuni asrama sekolah dan kebanyakan datang dari kampung yang agak jauh dari sekolah.

Apa yang hebatnya peserta kali ini?

Saya kena puji peserta kali ini yang secara keseluruhannya menunjukkan komitmen yang cukup tinggi. Walaupun peserta kali ini dihimpukan murid-murid dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5,ia tidak menimbulkan masalah dan masing-masing fokus dengan pengisian dan penjalanan program selama  4 jam ini.

Apa isu di sini?

“Kebanyakan murid di sini datang dari luar bandar dan kesedaran untuk belajar itu agak rendah. Disiplin tiada isu di sini. Kemahuan untuk belajar yang menjadi salah satu perkara besar di sini. Mereka juga agak sederhana dalam pencapaian akademik.” Luah Cikgu Mohd Sabry, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Kemudian saya susun semula modul Rahsia Murid Bagus ini mengikut kesesuaian peserta yang terdiri daripada murid Orang Asli. Ia memang berbeza berbanding murid-murid berbangsa Melayu, Cina dan India. Cara hidup dan corak pemikiran juga berbeza. Jadi, ia kena sesuai dan dekat dengan mereka.

Mungkin pengisian itu hampir sama. Bezanya hanyalah cara pendekatan kita dengan mereka. Itu antara cabaran saya kali ini. Kalau tak, saya akan beraksi sendirian sahaja di depan.

Apapun program 4 jam ini cukup sebagai perkongsian awal dengan mereka berkaitan kesedaran diri atau ‘Goal Setting’ sebagai seorang murid, kaedah mengubah sikap negatif dan perkongsian strategi belajar. Sekiranya mahu lebih fokus, kita perlukan sesi ‘coaching’ dalam kumpulan yang lebih kecil dan berfokus.

Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *