Bukan Mudah Menjadi Cikgu?

Sebahagian kisah benar para guru atau yang saya sentiasa gunakan ialah panggilan cikgu. Saya tak kisah apa jua tanggapan masyarakat terhadap kerjaya ini. Kalau ada pun yang tak selari dengan teras atau hasrat kementerian, ia bukanlah mewakili semua cikgu di negara ini.

Bukan mudah ya. Menjadi cikgu untuk memandaikan dan membentuk akhlak anak-anak didik.

Tak kiralah cikgu yang mengajar di sekolah KPM, sekolah swasta, sekolah persendirian, pondok atau di mana juga. Cikgu tugasnya adalah sama sahaja. Satu hasrat untuk menjadikan anak didik mereka seseorang yang berguna untuk agama dan negara.

Tak semua tahu dan nampak tugas guru yang berdepan dengan sejumlah murid yang pelbagai karenah dan aras kebolehan. Tiba awal-awal pagi ke sekolah dan ada sebahagian pulang lewat petang dan ada yang menjelang waktu malam untuk meneruskan tugas mereka. Tak kiralah sama ada di kelas atau di padang. Hujan panas itu mainan biasa seorang cikgu.

Sahabatku cikgu-cikgu.

Teruskan tugas mulia ini. Biarpun hatimu robek dek kerana sebilangan suara. Ia bukan mewakili semua orang di luar sana. Masih ramai ibu bapa dan masyarakat yang mengangkat tinggi mulianya seorang cikgu. Dan kita harus jaga kemuliaan yang telah dipupuk oleh cikgu-cikgu terdahulu.

Apa juga masalah cikgu di sekolah, selesaikan dengan penuh keakraban sesama cikgu. Usah terhasut dengan bisikan syaitan yang sengaja mahu pecah belahkan kita. Setiap permasalahan pasti ada penghujung penyelesaiannya. Hanya masa dan kaedah sahaja berbeza.

Kita adalah cikgu.
Cikgu yang dipandang mulia oleh murid-murid kita.

Saya tak tunggu menjelang hari guru untuk menukilkan rasa ini. Dan hari ini saya merasakan cabaran cikgu-cikgu kini cukup getir dengan seribu satu persoalan dan isu. Dan ada sebahagian ‘tewas’ dan hampa. Dan yang tinggal ini teruskan bukan sekadar mengharapkan ribuan habuan bulanan semata. Tapi..demi tanggungjawab kita sebagai cikgu.

Terima kasih cikgu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *