Berprogram di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa

ALHAMDULILLAH.

Saya diberi kesempatan oleh pengurusan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Senawang untuk berkongsi ilmu,skil dan pengalaman dengan 150 orang pelajar. Di sekolah ini kesemua pelajarnya adalah perempuan, jadi saya kena sesuaikan aktiviti ataupun percakapan dengan laras pelajar perempuan.

Kali ini juga saya bawakan modul terkini yang lebih kepada menjurus isu-isu realiti pelajar. Lebih banyak interaksi dan mendalami apa sebenarnya yang pelajar mahukan adalah lebih bermakna berbanding saya hanya memberi dan memberi sahaja input kepada peserta.

Lebih perkongsian membuatkan peserta lebih faham apa yang mereka tak tahu dan tak faham.

Sungguh. Masa dua jam bersama mereka cukup singkat dan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Apapun perkongsian dua jam itu sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan pandangan mereka terhadap apa yang mereka perlu buat sekarang.

Ramai pelajar masih keliru apa sebenarnya yang berlaku. Maksudnya perancangan semasa tidak selaras dengan kehendak mereka untuk mencapai keputusan yang mereka harapkan. Dan modul terkini dengan bantuan rakan baik saya dapat memberi sedikit sebanyak solusi tentang isu ini. Alhamdulillah. Syukur.

Doakan semua calon PT3 dan SPM Sekolat Tinggi Islam As-Sofa Senawang mencapai straight A sebagaimana yang diimpikan. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *