THE POWER OF CIKGU BAGUS BERSAMA GPI HULU LANGAT

Pada kali ini saya rasa sangat bertuah dapat berkongsi THE POWER OF CIKGU BAGUS dengan lebih 600 orang Guru Pendidikan Islam (GPI) daerah Hulu Langat. Tempoh masa singkat tidak menjadi isu apabila ia dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Alhamdulillah.

Saya sedar para GPI yang hadir terdiri daripada guru-guru yang sudah lama berkhidmat dan ada yang dah lebih 20 tahun. Oleh itu, apa lagi yang mereka perlukan?

Oleh sebab itu, saya lebih suka membawa mereka untuk berfikir sejenak tentang apa yang mereka telah dan akan capai di sekolah mereka bertugas sekarang. Sekurang-kurangnya ia mampu menjentik jiwa-jiwa pendidik ini untuk melihat semula gerak kerja mereka pada sepanjang tahun 2017 ini.

Jika masih ramai pelajar yang gagal membaca al Quran sebagai contohnya, maka apa lagi pendekatan yang perlu mereka teroka dan laksanakan di sekolah.

Sekalung tahniah kepada Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Langat dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor selaku penaja lokasi. Para GPI ini masih perlu lebih banyak program pencambahan minda dan ilmu sebegini. Ini akan meningkatkan lagi pencapaian para GPI itu sendiri. Insya-Allah.

Semoga GPI terus bersemangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *