IBU BAPA HELIKOPTER

 

Pada 11 Disember 2017, saya telah dijemput menjadi ahli panel rancangan Assalamualaikum. Isu yang perlu saya kupas berkaitan Over-Protective Parents. Tajuk yang diberi pula adalah IBU BAPA HELIKOPTER.

Agak-agaknya tuan puan ibu bapa yang ‘over-protective’ atau sebaliknya?

Memang sukar nak berikan jawapan. Dan kita merasakan bahawa kawalan yang diberikan kepada anak-anak itu adalah tanggungjawab kita. Betulkan?

Dan kita juga mahu anak-anak sentiasa dalam kawalan dan keselamatan mereka terjamin. Itulah yang saya sendiri rasakan dan lalui.

Apabila saya bertanya sendiri kepada anak sulung lelaki, dan beliau memberi jawapan tak suka dikongkong atau dikawal ketat oleh saya dan isteri. Ia tak mengejutkan saya. Itulah suara hati setiap anak sekarang. Anda boleh bertanya sekarang.

Oleh itu, saya mengambil keputusan memberi ruang kepada anak-anak membuat keputusan sendiri. Betulkah? Benar, kita beri kebebasan dan panduan daripada saya sendiri. Banyakkan interaksi secara peribadi. Terutama kepada anak-anak remaja.

Antara soalan yang saya tanyakan dan boleh tuan puan aplikasikan:

  1. Along nak jadi siapa?
  2. Along nak buat apa?
  3. Along nak ke mana?

Agak-agak anda ada jawapannya?

Inilah soalan ‘coaching’ yang cukup powerful yang saya berikan. Saya sendiri ketika diberikan soalan tersebut oleh puan guru saya, terkedu. Dan sekiranya anak-anak dapat menjawab soalan tersebut. Mereka akan tahu hala tuju dan tak perlu lagi kita bersilat dengan mereka.

Insyallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *