PROGRAM COACHING SKIL PENETAPAN MATLAMAT

PERKENALKAN PROGRAM COACHING SKIL PENETAPAN MATLAMAT POWERFUL

Program ini adalah sesuatu yang cukup istimewa dan terkini. Ia direkabentuk hasil daripada sesi perguruan saya dengan seorang coach korporat yang cukup berwibawa. Apa yang menariknya, saya mengaplikasikan ILMU SKIL PENETAPAN MATLAMAT korporat ini kepada dunia pendidikan.

BETUL KE IA BERKESAN?

Persoalan yang harus saya menjawab dengan jujur. Ia diibaratkan sudu dan garfu sudah ada di tangan. Terpulanglah pula kepada seseorang itu untuk menggunakan kedua-dua alat itu untuk makan atau sebaliknya. Jika ia tahu tentang nilai kedua-dua alat tersebut, maka ia mampu memberikan manfaat dan begitulah sebaliknya.

KENAPA NAK BUAT PROGRAM NI?

Saya sudah memberikan ceramah motivasi diri kepada ribuan pelajar dan guru dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Dan saya mula berfikir, apakah kaedah yang lebih memberikan impak kepada peserta selain daripada ceramah umum dengan jumlah peserta yang ramai.

Oleh itu, saya mengambil inisiatif mengadakan program ‘coaching’ ini dengan jumlah peserta yang lebih kecil. Bilangan peserta seramai 30-40 orang adalah memadai untuk memastikan impak yang lebih besar kepada peserta pada setiap sesi. Bukan itu sahaja, para peserta akan mempraktikkan ‘alat’ yang dibekalkan kepada mereka berserta bimbingan jurulatih.

BERAPA LAMA PADA SETIAP SESI?

Minima saya letak 2 jam. Sekiranya pihak sekolah merasakan masa itu perlu ditambah lagi kepada 3 atau 4 jam, ia juga sesuai dan sangat dialu-alukan.

BAGAIMANA DENGAN YURAN KOMITMEN PROGRAM?

Ini bergantung kepada jarak lokasi program. Tak perlu risau tentang ini. KIta boleh bincang dan capai kata persetujuan bersama.

BERMINAT DAN BAGAIMANA NAK JEMPUT KE SEKOLAH?

Mudah sahaja.
Terus PM saya di talian
019-2989457

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *