PROGRAM REMAJA PADU

==========================
PROGRAM REMAJA P.A.D.U
Program Remaja Duniawi Ukhrawi
==========================
.
Lihat kiri, kanan, belakang dan depan. Apa yang kita lihat tentang anak kita atau rakan anak kita ataupun remaja di sekeliling kita?
.
Sejauhmanakah mereka menyedari siapa diri mereka sebagai remaja muslim? Apabila soalan dituju kepada beberapa orang ibu bapa. Mereka mampu tersenyum,”Sayapun tak cukup waktu untuk bersama anak-anak. Saya hanya sempat bertanyakan prestasi belajar dan keperluan mereka.”
.
Itu adalah realiti. Masa sangat mencemburui kita, ataupun kita tak mampu menguruskan waktu seharian kita. Rutin harian kita dengan kerjaya dan mencari ‘sesuap rezeki’ untuk keluarga.
.
<>><><><><>><>><><>><><>
ISU POPULAR ANAK REMAJA
<><><><><><><><><><><><>
[ ] Liat untuk solat fardu
[ ] Malas belajar
[ ] Lengah-lengahkan masa apabila disuruh lakukan sesuatu
[ ] Tak berenggang dengan gajet/telefon pintar
[ ] Sukar bergaul dengan ahli keluarga lain
[ ] Kurang fokus
[ ] Malas membaca al-Quran kecuali dipaksa
[ ] Memberontak apabila dihalang kemahuan
[ ] Aurat
[ ] Pengurusan masa
[ ] Tak tahu matlamat hidup
.
Deretan isu ini akan berlanjutan sehinga mereka menjengah ke usia pertengahan remaja. Ia sesuatu yang menakutkan apabila mereka berada ‘jauh’ daripada kita.
.
Apabila asas agama kurang. Solatpun kadang buat kadang tidak, ikut mood mereka sahaja. Ia bukan soal kecil lagi. Kita perlukan sesuatu untuk ‘inject’ jiwa mereka.
.
MEREKA PERLU DIBANTU
.
Salah satu alternatif yang kami fikirkan sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan remaja dengan agama dan pasakkan diri mereka dengan pengetahuan serta pembentukan nilai jati diri mereka dengan program ini.
.
LIMA slot yang dirangka khusus untuk remaja. LIMA slot yang telah dikemaskini berdasarkan isu semasa remaja.
.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SLOT 1 : REMAJA HANYA SEKALI
Perkongsian tentang kenali diri dan perisai diri remaja untuk berhadapan dengan cabaran semasa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SLOT 2 : ALLAH LEKAT DI HATI
Slot ini akan membimbing remaja kenali sifat-sifat Allah. Dan kaitan sifat-sifat Allah ini dengan diri mereka
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SLOT 3 : AUDIT SOLAT
Penekanan diberikan kepada kesilapan-kesilapan remaja pada sebelum, semasa dan selepas solat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SLOT 4 : 7 SECRET OF SUCCESS
Perkongsian 7 rahsia kejayaan seseorang remaja dalam kehidupan mereka.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SLOT 5 : DOSA & PAHALA DI HUJUNG JARI
Panduan penggunaan media sosial. Apa, kenapa dan bagaimana mengurus akaun media sosial remaja?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

SIAPA PENCERAMAH?

[1] Wan Zayuhisham Wan Yusoff – Pengasas Rahsia Cikgu Bagus.
[2] Ustaz Ismail Hussein – Penolong Pegawai J-Qaf PPD Jempol & Jelebu.
.
Pada masa ini program ini hanya dilaksanakan dengan kerjasama pihak masjid ataupun surau. Oleh itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat, bolehlah mencadangkan kepada pihak pengurusan masjid/surau berdekatan untuk menganjurkan program ini.

Hari Program: Hujung Minggu sahaja.
Musim Cuti Sekolah : Boleh dibincang dan dipertimbangkan tarikh sesuai.
.
Sekiranya berminat, tuan puan bolehlah menghubungi kami ditalian 019-227 9396 (Amir) atau 017-641 3844 (Zamri).
.
Sekian, terima kasih.
.
WAN ZAYUHISHAM WAN YUSOFF
Senior Partner
Gayawan Solutions Resources

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *