KAWAL EMOSI KETIKA MARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat pegawai pendidikan PPD, JPN,KPM,pengetua,Guru Besar, penolong kanan, ketua bidang, guru, staf sokongan dan sahabat atas talian sekalian.
.
Apa khabar semua?
Selamat bercuti?
Mood cuti pastinya.
.
.
Hari ini saya mahu kongsi tentang EMOSI. Wah! Kenapa pilih topik ini? Biasalah, kadang-kadang tekanan kerja atau apa sahaja yang berlaku ke atas diri kita tanpa kita duga.
.
=======================================
TIP MUDAH KAWAL EMOSI DIRI KETIKA MARAH
=======================================
.
Saya cuba kongsikan TIGA tip mudah yang boleh aplikasikan apabila berada dalam situasi yang mencabar emosi kita. Mungkin semasa berada di dalam kelas, dalam kawasan sekolah atau di mana-mana sahaja. Insya-Allah membantu.
.
PERTAMA
Jangan terus memberi tindak balas.
.
Kita tarik nafas terlebih dahulu sekitar lima minit. Beri tempoh bertenang kepada diri. Biarkan otot anda rasa selesa. Bagi orang muslim, istighfar banyak-banyak. Beritahu kepada diri, “Ini ujian daripada Allah dan aku perlu bertenang dahulu.” Isu utama di sisi adalah kita jangan terus memberi reaksi terhadap apa yang berlaku.
.
Contoh situasi: Seseorang sedang memaklumkan sesuatu kepada kita. Perkara yang dimaklumkan itu pula mungkin melibatkan maruah diri. Usah terus membuat apa-apa tindakan. Tarik nafas, beristighfar, berselawat dan pujuk diri agar bertenang.
.
.
KEDUA
Tinggalkan lokasi, ambil wuduk dan solat sunat.
.
Ini antara kaedah terbaik yang perlu kita lakukan. Usah terus berada di lokasi tersebut. Ia lebih baik berbanding terus melayani rasa amarah.
.
.
Segera maafkan orang yang sedang mencetuskan emosi marah anda.
.
Maafkan dia atas apa yang dilakukan atau yang nyatakan oleh individu tersebut. Beritahu diri, kasihani dia, dia mungkin salah faham dan bertindak di luar kawalan. Mungkin individu tersebut pentadbir, rakan sejawat, murid, ahli keluarga atau rakan baik kita.
.
Semoga ia bermanfaat untuk kita semua termasuk diri saya.
.
#rahsiacikgubagus
#gayawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *