TOLAK ANSUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua sahabat pegawai pendidikan PPD, JPN,KPM,pengetua,Guru Besar, penolong kanan, ketua bidang, guru, staf sokongan dan sahabat atas talian sekalian.
.
Apa khabar semua?
.
============
TOLAK ANSUR
============
.
Saya masih teringat-ingat tentang perkongsian sahabat pengetua dan guru besar yang saya kenali. Antara rumusan yang saya boleh simpulkan daripada gaya pengurusan mereka adalah mereka mengamalkan sikap bertolak ansur dengan orang bawahan mereka.
.
Apapun ia dilaksanakan dengan cara bijaksana dan berhemah. Bukan bermaksud semua perkara mereka boleh bertolak ansur. Ada ketika mereka bertegas bagi memastikan perancangan organisasi berjalan lancar.
.
Tentu tuan puan mula terfikir, bagaimana mahu mengamalkan tolak ansur dalam organisasi? TIGA panduan mudah mungkin dapat membantu sedikit sebanyak tuan puan di sekolah adalah:
.
PERTAMA:

Menghargai perbezaan cara berfikir dan pandangan. Bukan mudah untuk seseorang menerima pandangan orang lain apabila seseorang itu berada pada jawatan yang lebih tinggi. Sebilangan akan merasakan semua pandangan orang bawahan tidak boleh diterima dan mereka yang sepatutnya membuat apa-apa keputusan.
.
KEDUA:
.
Belajar tentang sikap dan budaya orang lain. Ini bukan kepada para pentadbir semata-mata. Semua ahli organisasi perlu belajar perkara ini. Sebagai seorang guru, mereka perlu faham dan belajar gaya pengurusan pengetua/guru besar baharu. Mereka bukan lagi pengetua/guru besar sebelum ini. Oleh itu, pasti ada perbezaan dan cara fikir serta tindakan mereka.
.
KETIGA:
.
Perundingan meja bulat. Ini bermaksud semua pihak dalam organisasi duduk bersemuka dan berbicara dari hati ke hati. Apa isu dan solusi yang boleh disegerakan untuk diselesaikan. Bukan berharap kepada program ‘team building’ semata-mata. Perundingan ini juga menjadi salah satu kekuatan sebahagian pentadbir dalam mengurus organisasi baharu mereka.
.
Didoakan ada sesuatu yang tuan puan belajar daripada perkongsian ini. Sekiranya ada apa-apa pandangan, sila tekan butang ‘send message’.
.
Terima kasih.
.
#rahsiacikgubagus
#gayawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *