KEM PINTAR SPM SMKA MAAHAD HAMIDIAH

Energi saya kali berbeza apabila berhadapan 180 calon SPM SMKA Maahad Hamidiah. Walaupun ruang dewan padat, mereka masih bersemangat untuk menimba ilmu. Dua jam dirasakan sebentar sahaja.

Saya tiba di Ancasa Residence Port Dickson sekitar pukul 8.30 pagi. Cuaca baik dan trafik jalan raya pun kurang sesak menghala Port Dickson.

Saya telah menyiapkan modul untuk program ini sehari sebelum program akibat kekangan tugasan rasmi. Malam tadi ditambah baik lagi dengan input baharu.

Pada kali ini beri keutamaan kepada FOKUS dan BIG WHY apabila mendapat maklum balas daripada guru-guru bahawa kebanyakan calon pada kali ini sukar memperoleh markah sasaran mereka.

Ternyata ramai calon gagal fokus disebabkan beberapa isu yang berlaku kepada diri mereka.

Saya juga berkongsi tentang:

[1] JIka anda mahu mengubah dunia….

[2] Strategi FOKUS

[3] S.T,T Process

[4] Kanban

[5] P.I.E.S : Cabaran dan Strategi

[6] My Big Why

Kebanyakan peserta mula faham apa yang mereka lakukan sekarang. Apabila saya katakan bahawa mereka tak perlu fokuskan target mereka untuk dapatkan 11A, masing-masing tercenggang. Apabila saya jelaskan apa dan bagaimana harus fokus, maka mereka mula sedar dan akur.

Semoga jumpa lagi.

Sekiranya tuan/puan mahu saya berada di lokasi tuan/puan dan berkongsi ilmu dengan murid-murid. Boleh terus PM saya di www.facebook.com/zayuhisham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *