RAHSIA MURID BAGUS SPM/STPM

Peperiksaan SPM kian hampir. Debaran kian terasa. Bukan sahaja murid, guru dan ibu terasa debarannya.

SITUASI SEMASA:
1- Calon mula sesak nafas dengan tarikh semakin hampir.
2- Motivasi belajar semakin mengendur pula.
3- Keputusan peperiksaan percubaan merisaukan pihak sekolah.
4- Kebanyakan calon masih mampu ‘main-main’ di dalam kelas.
5- Strategi sudah banyak dikongsi dengan calon, hasil belum terserlah.
6- Calon masih teraba-raba tentang matlamat mereka.
7- Calon masih tak fokus.

IMPLIKASI:
1- Keputusan merosot – sangat risaukan pihak sekolah dan ibu bapa.
2- Cikgu-cikgu ‘tension’.
3- Keputusan belum capai target sekolah.
4- Calon nak berjaya, tak tahu kaedah pula.
5- Budaya ILMU masih belum wujud.
6- Calon belum sedar tentang apa yang bakal mereka tempuhi nanti.
7- Calon hilang motivasi dan fokus.

RAHSIA MURID BAGUS:
Perkongsian selama dua hingga tiga jam bersama calon peperiksaan. Lihat semula matlamat mereka.

Calon akan dibantu mengupas, “If you want to achieve your goals, don’t focus them.” Suatu kaedah yang mampu menukar strategi mencapai impian mereka ke menara gading.

Calon-calon kadang-kadang terleka seketika. Oleh itu, kita akan melihat semula garis masa persiapan mereka dan garis masa kehidupan masa depan mereka.

Semoga perkongsian ini mampu menyuntik jiwa calon untuk meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan mereka. Insya-Allah.

Sekiranya mahu saya hadir ke sekolah tuan/puan, sila hubungi/whats app nombor tertera di atas, Jadual padat, mohon hubungi segera. Terima kasih.

  • Alhamdulillah, calon-calon SPM SMKA Maahad Hamidiah Kajang, merupakan peserta terkini Rahsia Murid Bagus SPM. Diadakan di Ancasa Residences Port Dickson baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *