THE POWER OF CIKGU BAGUS BERSAMA GPI HULU LANGAT

Pada kali ini saya rasa sangat bertuah dapat berkongsi THE POWER OF CIKGU BAGUS dengan lebih 600 orang Guru Pendidikan Islam (GPI) daerah Hulu Langat. Tempoh masa singkat tidak menjadi isu apabila ia dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Alhamdulillah. Saya sedar para GPI yang hadir terdiri daripada guru-guru yang sudah lama berkhidmat dan ada yang dah lebih 20 tahun. Oleh itu, apa lagi yang mereka perlukan? Oleh sebab itu, saya lebih …

THE POWER OF CIKGU BAGUS

Dalam THE POWER OF CIKGU BAGUS pada kali ini saya akan berkongsi dua perkara sahaja. Masa yang diperuntukan juga agak terhad. Oleh itu, saya akan kongsikan dengan lebih 500 orang peserta berkaitan MY SECRET dan TIMELINE CIKGU BAGUS. MY SECRET lebih kepada perkongsian soalan-soalan yang sentiasa saya tanyakan kepada diri dalam menjalani kehidupan semasa saya. Sebenarnya dua tiga soalan yang ‘powerful’ mampu memberi impak kepada diri. Minda kita juga akan …

Bukan Mudah Menjadi Cikgu?

Sebahagian kisah benar para guru atau yang saya sentiasa gunakan ialah panggilan cikgu. Saya tak kisah apa jua tanggapan masyarakat terhadap kerjaya ini. Kalau ada pun yang tak selari dengan teras atau hasrat kementerian, ia bukanlah mewakili semua cikgu di negara ini. Bukan mudah ya. Menjadi cikgu untuk memandaikan dan membentuk akhlak anak-anak didik. Tak kiralah cikgu yang mengajar di sekolah KPM, sekolah swasta, sekolah persendirian, pondok atau di mana …

UPSR HAMPIR BERMULA DEBARAN SUDAH TERASA

Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Segala senjata sudah diberkalkan. Tinggal lagi pencak silat ditarikan gaya. Calon-calon UPSR semakin berdebar-debar menanti soalan yang bakal mereka selesaikan pada esok hari sehingga 14 September 2017. Antara perkara penting cikgu-cikgu perlu awasi: 1] Kehadiran dan kesihatan murid. 2] Dokumen calon. 3] Kelengkapan alat tulis calon. 4] Sarapan ( Andai sekolah atau PIBG sediakan di kantin sekolah, ia lebih baik lagi) 5) Siap siaga kaunselor …

APA NAK CAKAP LAGI?

APA NAK CAKAP LAGI? Keluhan seorang guru yang sangat berdedikasi sejak awal tahun hingga ke minggu akhir murid-murid bakal menduduki peperiksaan UPSR 2017. “Berbagai cara kami telah lakukan untuk mereka. Tinggal lagi kami hanya berdoa pada Yang Maha Esa agar segala apa yang kamu curahkan kepada mereka dapat direalisasikan di meja peperiksaan.” Nada guru tersebut dengan penuh emosi. Dan saya yakin, ramai lagi sahabat-sahabat cikgu di luar sana juga begitu. …

2 JAM RASA SEKEJAP

Rakan sejawat memberitahu, “Saya tak sedar dah 2 jam slot ini berlangsung. Ingatkan lama nak menunggu pukul 4 petang, alih-alih tengok jam dah pukul 4.30 petang.”   Modul ini telah dirangka sebegitu rupa agar para peserta tak bosan dan sentiasa mahu fokus kepada setiap isi yang dikupas oleh penceramah. Tempoh masa diberikan kepada saya adalah dua jam sahaja. Ikutkan, sukar untuk sampaikan modul ini dalam tempoh masa yang boleh dianggap …

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

  Soalan saya kepada rakan sejawat di pejabat,”Apa yang ustaz dan ustazah kita perlukan sekarang?” Masing-masing berikan pendapat seperti semangat untuk bekerja, motivasi bekerja, dan sebagainya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran saya masih berlegar-legar idea atau perkongsian yang sesuai dan memang diperlukan oleh ustaz dan ustazah. Kemudian Allah kurniakan idea. “Wow! Ini mungkin jawapan yang saya perlukan.” Rupa-rupanya apa yang saya mahu kongsikan itu sudah ada siap sedia dalam …

VIRUS ORGANISASI

“Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesuatu usaha atau gerak kerja organisasi yang kita sertai, baik duduk diam sahaja. Tak perlulah kita pula menjadi VIRUS dan mempengarusi rakan sekerja yang lain. Ia tak memberi kebaikan untuk diri dan orang lain juga.” Begitulah pesanan seorang guru lama dan berpengalaman luas dalam kerjaya perguruan. Saya yakin dan percaya, dalam sesebuah organisasi,tak semua suka atau setuju dengan apa-apa tindakan ketua mereka. Mungkin tujuan ketua …

I LOVE MY JOB

Saya pernah bertanya salah seorang Jurulatih Utama kami di Selangor. “Apa yang membuatkan sheikh sanggup bekerja lebih masa dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan?” “Saya suka bekerja terutama melibatkan anak-anak didik kita. Mungkin inilah peluang yang Allah bagi kepada saya untuk berbakti kepada anak bangsa dan agama. Saya tiada harta untuk disumbangkan, tapi saya ada kudrat untuk mereka.”  Wow! Saya sangat terharu sekali. Dan saya percaya ramai lagi guru di …

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

Dalam slot Rahsia Cikgu Bagus selama dua jam saya berkongsi tiga aktiviti: 1] Air Force One 2] Garis Masa Kerjaya 3] 1 Isu   Walaupun nampak santai dengan tiga aktiviti sahaja, ia penuh dengan diskusi, refleksi dan infomasi kerjaya para peserta terdiri daripada Guru Pendidikan Islam (GPI) yang bertugas di sekolah rendah dan menengah seramai 32 orang. Aktiviti-aktiviti yang dirancang itu bagi memenuhi matlamat pihak penganjur untuk berkongsi pengetahuan dan …