10 IDEA PASAKKAN MATLAMAT DIRI MURID

Idea terbitkan e-buku dalam masa singkat sahaja. Dan dalam tempoh 2 hari saya dapat siapkan e-buku ini dan siap dengan cover dan e-banner ini. Saya tertanya-tanya, apakah perkara realistik yang mampu cikgu-cikgu lakukan untuk sedarkan murid mereka tentang MATLAMAT DIRI. Saya tak nak berikan idea yang tak tercapai akal. Nampak sempoi. Dan pasti cikgu-cikgu yang baca e-buku ini, “Eh! Begini sahaja ke?” atau “Eh! Kenapa aku tak terfikirpun idea ni?” …

DETIK 12 MALAM 01 MEI 2017

DETIK PUKUL 12.01 pagi pada 01 Mei 2017, E-Buku DUA PULUH SATU TIPS RAHSIA CIKGU BAGUS akan masuk ke kotak email pembaca yang telah memesannya sejak awal lagi. E-Buku ini tentang apa? Saya menulis secara santai 21 isu berkisar atau berlegar dalam dunia guru-guru. Adalah diingatkan bahawa penulisan di dalam e-buku itu adalah tulisan atau pandangan peribadi saya sahaja. Topik apa? Antara topik yang saya sentuh dalam e-buku ini : …