RAHSIA MURID BAGUS:SMK SRI TAPAH

Seramai 127 orang murid Orang Asli SMK Sri Tapah telah menyertai Program Rahsia Murid Bagus pada kali ini. Mereka adalah penghuni asrama sekolah dan kebanyakan datang dari kampung yang agak jauh dari sekolah. Apa yang hebatnya peserta kali ini? Saya kena puji peserta kali ini yang secara keseluruhannya menunjukkan komitmen yang cukup tinggi. Walaupun peserta kali ini dihimpukan murid-murid dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5,ia tidak menimbulkan masalah dan masing-masing …

APA NAK CAKAP LAGI?

APA NAK CAKAP LAGI? Keluhan seorang guru yang sangat berdedikasi sejak awal tahun hingga ke minggu akhir murid-murid bakal menduduki peperiksaan UPSR 2017. “Berbagai cara kami telah lakukan untuk mereka. Tinggal lagi kami hanya berdoa pada Yang Maha Esa agar segala apa yang kamu curahkan kepada mereka dapat direalisasikan di meja peperiksaan.” Nada guru tersebut dengan penuh emosi. Dan saya yakin, ramai lagi sahabat-sahabat cikgu di luar sana juga begitu. …

PROGRAM KHAS DEKAT-DEKAT EXAM

Antara cabaran sekolah yang dikenalpasti adalah: 1] Pelajar yang hilang fokus untuk peperiksaan. 2] Pelajar mulai malas pada saat-saat akhir sebelum menjelang peperiksaan. 3] Salah laku pelajar masih berlaku di dalam kawasan sekolah dan di luar sekolah. 4] Pelajar masih leka dengan aktiviti luar yang menyeronokan. 5] Pelajar masih asyik dengan gajet atau telefon pintar. 6] Urus masa pelajar yang masih lemah. 7] Pelajar cepat lupa. 8] Pelajar sukar atau …

80 PERATUS GAGAL?

“Siapa solat Subuh pagi tadi?” Sekitar 80 peratus angkat tangan. Walaupun murid-murid ini masih di bangku sekolah rendah. Ibadah solat ini sudahpun menjadi kewajipan yang harus diberi keutamaan. Soalan kedua. “Siapa yang tak solat penuh lima waktu semalam?” Sekitar 80 peratus juga yang angkat tangan. ┬áSuatu jumlah yang besar apabila majoriti murid gagal solat sempurna lima waktu sehari semalam. Harus bagaimana? Usahlah kita menuding kepada siapa-siapa. Apa yang perlu kita …

PROGRAM MURID BAGUS SKOR A

Hampir 200 calon UPSR 2017. SK SUBANG BESTARI 2, SHAH ALAM. 9.00 pagi – 12.00 tengah hari. Saya bawakan modul MURID BAGUS SKOR A. Apa yang dikongsi dengan peserta-peserta? Antara perkongsian saya selama tiga jam itu ialah: 1- Pelajar S.M.A.R.T 2- Kelebihan solat fardu 3- 10 cara pengurusan masa gaya murid bagus. 4- 7 Teknik Belajar Saya kongsikan TIGA cara pengurusan masa gaya murid bagus: [1] Rancang Jadual Harian – …