APA NAK CAKAP LAGI?

APA NAK CAKAP LAGI? Keluhan seorang guru yang sangat berdedikasi sejak awal tahun hingga ke minggu akhir murid-murid bakal menduduki peperiksaan UPSR 2017. “Berbagai cara kami telah lakukan untuk mereka. Tinggal lagi kami hanya berdoa pada Yang Maha Esa agar segala apa yang kamu curahkan kepada mereka dapat direalisasikan di meja peperiksaan.” Nada guru tersebut dengan penuh emosi. Dan saya yakin, ramai lagi sahabat-sahabat cikgu di luar sana juga begitu. …

10 IDEA PASAKKAN MATLAMAT DIRI MURID

Idea terbitkan e-buku dalam masa singkat sahaja. Dan dalam tempoh 2 hari saya dapat siapkan e-buku ini dan siap dengan cover dan e-banner ini. Saya tertanya-tanya, apakah perkara realistik yang mampu cikgu-cikgu lakukan untuk sedarkan murid mereka tentang MATLAMAT DIRI. Saya tak nak berikan idea yang tak tercapai akal. Nampak sempoi. Dan pasti cikgu-cikgu yang baca e-buku ini, “Eh! Begini sahaja ke?” atau “Eh! Kenapa aku tak terfikirpun idea ni?” …

PROGRAM KHAS DEKAT-DEKAT EXAM

Antara cabaran sekolah yang dikenalpasti adalah: 1] Pelajar yang hilang fokus untuk peperiksaan. 2] Pelajar mulai malas pada saat-saat akhir sebelum menjelang peperiksaan. 3] Salah laku pelajar masih berlaku di dalam kawasan sekolah dan di luar sekolah. 4] Pelajar masih leka dengan aktiviti luar yang menyeronokan. 5] Pelajar masih asyik dengan gajet atau telefon pintar. 6] Urus masa pelajar yang masih lemah. 7] Pelajar cepat lupa. 8] Pelajar sukar atau …

2 JAM RASA SEKEJAP

Rakan sejawat memberitahu, “Saya tak sedar dah 2 jam slot ini berlangsung. Ingatkan lama nak menunggu pukul 4 petang, alih-alih tengok jam dah pukul 4.30 petang.”   Modul ini telah dirangka sebegitu rupa agar para peserta tak bosan dan sentiasa mahu fokus kepada setiap isi yang dikupas oleh penceramah. Tempoh masa diberikan kepada saya adalah dua jam sahaja. Ikutkan, sukar untuk sampaikan modul ini dalam tempoh masa yang boleh dianggap …

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

  Soalan saya kepada rakan sejawat di pejabat,”Apa yang ustaz dan ustazah kita perlukan sekarang?” Masing-masing berikan pendapat seperti semangat untuk bekerja, motivasi bekerja, dan sebagainya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran saya masih berlegar-legar idea atau perkongsian yang sesuai dan memang diperlukan oleh ustaz dan ustazah. Kemudian Allah kurniakan idea. “Wow! Ini mungkin jawapan yang saya perlukan.” Rupa-rupanya apa yang saya mahu kongsikan itu sudah ada siap sedia dalam …

NAK CERITA TENTANG 2K

  Hari ini sehari suntuk berada di salah sebuah sekolah yang mewakili negeri Selangor dalam pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah(ASISS) Peringkat Kebangsaan tahun 2017. Berjam-jam saya dan ketua unit saya berbincang dari hati ke hati tentang usaha tambah baik yang perlu dilakukan sebagai persediaan ke peringkat kebangsaan. Banyak isu yan kami bincangkan sehingga lewat petang dan disertai pula tuan Guru Besar yang baru selesai bermesyuarat di luar. Dua perkara yang …

VIRUS ORGANISASI

“Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesuatu usaha atau gerak kerja organisasi yang kita sertai, baik duduk diam sahaja. Tak perlulah kita pula menjadi VIRUS dan mempengarusi rakan sekerja yang lain. Ia tak memberi kebaikan untuk diri dan orang lain juga.” Begitulah pesanan seorang guru lama dan berpengalaman luas dalam kerjaya perguruan. Saya yakin dan percaya, dalam sesebuah organisasi,tak semua suka atau setuju dengan apa-apa tindakan ketua mereka. Mungkin tujuan ketua …

PERSEDIAAN UNTUK BERJAYA

Adalah sesuatu yang tidak menghairankan apabila seseorang itu berjaya hasil persediaan mereka sebelum berjaya. Mana mungkin kita mampu kecapi kejayaan tanpa sebarang usaha. Sebagai bahan bantu untuk rakan-rakan guru sekalian, saya catatkan di sini contoh kaedah soalan yang boleh ditanyakan kepada pelajar-pelajar tuan puan sebagai alat persediaan untuk berjaya. Ia sebagai salah satu usaha tuan puan untuk membangkitkan rasa motivasi diri untuk berjaya. [1] Apa yang saya mahu capai? Soalan …

KUNCI RAHSIA MURID HORMATI KITA

“Mudah sahaja.” “Mudah? Bagaimana?” “Hormati mereka sebagai murid kita. Dan hargai mereka sebagai murid kita.” Murid juga perlu dihormati. “Bagaimana?” Cikgu itu mahukan penjelasan lanjut. [1] Mendengar Maksud saya bukan sekadar mendengar sambil kita lakukan pekerjaan lain. KIta mendengar sungguh-sungguh apa yang diperkatakan oleh mereka. Tumpuan mata dan badan kita ke arah murid tersebut. Kita dapat mendengar dengan jelas tentang apa yang diperkatakan. Seandainya kita sibuk pada masa itu, minta …

RAHSIA MURID BAGUS SK SUBANG BESTARI 2

“Program ni untuk bagi motivasi kepada murid Tahun 6…nak bagi diaorang kuat/ready dari segi mental dan rohani untuk menghadapi exam nanti.” Ini adalah permintaan guru penyelaras. Dan saya cukup faham situasi guru apabila murid-murid kurang motivasi apabila menjelang tarikh peperiksaan. Murid-murid pula relaks dan tenang-tenang sahaja. Guru pula yang menggelabah. Itu normal. Oleh itu, suatu usaha perlu dilakukan segera. Dan saya tawarkan Program Rahsia Murid Bagus menjelang fasa terakhir UPSR …