I LOVE MY JOB

Saya pernah bertanya salah seorang Jurulatih Utama kami di Selangor. “Apa yang membuatkan sheikh sanggup bekerja lebih masa dalam program yang dianjurkan oleh Jabatan?” “Saya suka bekerja terutama melibatkan anak-anak didik kita. Mungkin inilah peluang yang Allah bagi kepada saya untuk berbakti kepada anak bangsa dan agama. Saya tiada harta untuk disumbangkan, tapi saya ada kudrat untuk mereka.”  Wow! Saya sangat terharu sekali. Dan saya percaya ramai lagi guru di …

6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS – 3

Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan jaguh badminton negara kita Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain badminton paling berjaya dan meletakkan dirinya di tangga pertama dunia dalam tempoh yang agak lama? Dan rekod pemain tersebut masih gagal diatasi oleh mana-mana pemain negara sekarang. KEMAMPUAN Apa yang saya nak kongsi berkaitan kemampuan ini adalah kemahiran yang dimiliki oleh Lee Chong Wei menjadikan dirinya pernah bergelar pemain nombor satu dunia. Dan kita …

POKET TEBAL

ALHAMDULILLAH, secara realitinya saya melihat ramai rakan-rakan guru yang memiliki bisnes atau kerja sampingan di luar waktu kerja. Dan begitulah uniknya kerja sebagai seorang cikgu. Masa bekerja tak sebagaimana penjawat awam lain yang bekerja dari pukul 8 sehingga pukul 5. Hakikatnya masa bekerja guru lebih daripada masa tersebut. Dan saya akui bukan semua guru mahu melakukan kerja-kerja lain selain daripada bertugas di sekolah. Setuju? Setelah terlibat dengan dua kerja atau …

RAMADAN KAREEM

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN kepada semua pengunjung cikgubagus.com dan para peserta RAHSIA CIKGUS BAGUS serta para pelajar. ALHAMDULILLAH, kita sudah berada pada hari kedua bulan yang penuh kerahmatan ini. Bersyukurlah kita kerana masih diberi peluang untuk berada di bulan mulia ini. Panjatkan kesyukuran itu bukan sekadar mengungkap ALHAMDULILLAH sahaja. Buktikan dengan perlakuan dan pelaksanaan ibadah kita kepada Yang Maha Esa. Banyak sekali ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Nabi …

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GPI SELANGOR 2017

Dalam slot Rahsia Cikgu Bagus selama dua jam saya berkongsi tiga aktiviti: 1] Air Force One 2] Garis Masa Kerjaya 3] 1 Isu   Walaupun nampak santai dengan tiga aktiviti sahaja, ia penuh dengan diskusi, refleksi dan infomasi kerjaya para peserta terdiri daripada Guru Pendidikan Islam (GPI) yang bertugas di sekolah rendah dan menengah seramai 32 orang. Aktiviti-aktiviti yang dirancang itu bagi memenuhi matlamat pihak penganjur untuk berkongsi pengetahuan dan …

SELAMAT HARI GURU 2017

ALHAMDULILLAH. Kita masih diberikan kesempatan untuk berada pada sambutan kesekian kalinya pada tahun ini. Tahun 2017 pastinya memberikan cabaran berbeza. Guru-guru dipalit dengan pelbagai isu di peringkat sekolah ataupun nasional. Cabaran para guru sekarang juga semakin mencabar. Apapun cabarannya, saya yakin percaya para guru mampu hadapi dengan hati yang penuh keazaman. Dalam kemelut ekonomi semasa,kita dihimpit dengan kekurangan kewangan yang ketara. Para ibu bapa juga menerima kesannya. Maka, kita perlu …

6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS – 2

Semua orang mahukan kejayaan. Semua orang mahukan sesuatu yang diimpikan. Begitu juga dengan impian Sekolah Bagus. Ia bukan sekadar cakap-cakap kosong dan perlu disertakan langkah-langkah yang betul. Pagi tadipun saya dan rakan-rakan sepejabat ke sebuah sekolah di daerah Klang. Sekolah tersebut telah dipilih sebagai ‘Sekolah Angkat’ sektor kami. Oleh itu, tugas besar kami ialah membantu sekolah tersebut meningkatkan pencapaian pelajar terutamanya dalam peperiksaan UPSR. Wow! Ia bukan tugas mudah. Pada …

RAHSIA CIKGU BAGUS DI SK SUBANG BESTARI 2

ALHAMDULILLAH, Rahsia Cikgu Bagus dapat dikongsi dengan barisan pentadbir, guru-guru dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2. Walaupun guru-guru masih kepenatan mengurus sukaneka murid-murid pada sebelah pagi,mereka masih bersemangat untuk mengikuti setiap aktiviti yang diadakan. Tahniah! Warga SK Subang Bestari 2.         Peruntukan masa LADAP selama dua jam dirasakan sangat pantas berlalu. Belum panas ‘enjin’ jarum jam sudah menunjukan pukul 4.00 petang. Apa yang penting warga …

6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS

6 RAHSIA SEKOLAH BAGUS? Sebenarnya ia bukanlah suatu rahsia besar. Ramai dikalangan pentadbir atau warga cikgu yang telah berjaya dengan enam rahsia ini. Apa juga rahsia atau kaedah, ia terpulang kepada bagaimana ia dilaksanakan. Perasan tak, kita sudah banyak mendengar atau membaca bermacam-macam tip dan terbukti mereka berjaya. Isunya adalah kita mahu buat atau sebaliknya. Jadi, saya kongsikanlah juga enam rahsia ini bermula dengan rahsia pertama. Rahsia pertama ialah PERSEKITARAN. …

80 PERATUS GAGAL?

“Siapa solat Subuh pagi tadi?” Sekitar 80 peratus angkat tangan. Walaupun murid-murid ini masih di bangku sekolah rendah. Ibadah solat ini sudahpun menjadi kewajipan yang harus diberi keutamaan. Soalan kedua. “Siapa yang tak solat penuh lima waktu semalam?” Sekitar 80 peratus juga yang angkat tangan.  Suatu jumlah yang besar apabila majoriti murid gagal solat sempurna lima waktu sehari semalam. Harus bagaimana? Usahlah kita menuding kepada siapa-siapa. Apa yang perlu kita …