Modul ini telah direkabentuk berdasarkan keperluan pentadbir, guru dan pelajar berdasarkan pengalaman dalam dunia pendidikan. Keistimewaan modul ini ia mampu disesuaikan di semua lokasi berdasarkan isu-isu setempat. Kekuatan modul ini ia dilaksanakan bersama aktiviti-aktivitimenarik dan menggunakan teknologi Rahsia Ceramah Memukau dan Neuro Linguistic Programming (NLP).

DUA MODUL UTAMA:

1- Pembangunan Diri Cikgu Bagus

Modul ini direka bentuk berdasarkan keperluan di sesebuah lokasi berteraskan TIGA perkara utama:
[A] Diri Cikgu Bagus
[B] Organisasi Cikgu Bagus
[C] Emosi Cikgu Bagus

Modul ini bukanlah bertujuan mahu mengajar peserta menjadi seorang guru. Para guru sudah dibekalkan segala kemaniran dan pengetahuan untuk menjadi seorang guru. Ia sekadar suatu perkongsian dan pengulangan buat para peserta tentang segala keperluan menjadi seorang guru berwibawa. Modul ini juga padat dengan aktiviti dan kebiasaannya para peserta merungut kurang ruang untuk mencatat nota. Dan percayalah nota yang paling berharga apabila peserta mendapat sesuatu ‘makna’ hasil penglibatan diri dalam aktiviti yang dirangka khusus untuk para peserta.

2- Rahsia Murid Seronok Dengan Cikgu Bagus

Modul ini pula alternatif kepada para guru mencari suatu kaedah atau kunci keseronokan mengajar di dalam kelas. Modul ini mampu dilaksanakan oleh guru yang mengajar apa juga mata pelajaran. Apakah yang dikongsikan di dalam modul ini?

[1] Rapport – Kaedah bina hubungan dengan murid.
[2] Headlines + RTT – Suatu kaedah ‘penarik’ perhatian murid yang ‘power’.
[3] Energizer – Aktiviti selingan dalam proses pdpc
[4] Teaching Methods – Kaedah atau teknik menarik yang mampu murid fokus di sepanjang pdpc.

TAMBAHAN:
1- Rahsia Murid Bagus

Sempena peperiksaan-peperiksaan besar bakal menjelma tak lagi, Rahsia Murid Bagus edisi DDE (Dekat-Dekat Exam) diperkenalkan. Antara perkara yang sentiasa menjadi isu di sekolah adalah:

[1]Murid hilang fokus.
[2]Murid tak bersemangat. Banyak main.
[3]Murid cepat lupa apa yang diajar guru.
[4]Murid malas. Bukan sekadar malas belajar, malah malas datang kelas tambahan.
[5]Murid tak tahu urus masa.
[6]Murid malas bertanya soalan. Guru pun keliru, Murid faham ke tak faham.
[7]Murid kurang berdisiplin.
[8]Murid berdepan isu rendah emosi kerana tekanan hidup atau seumpamanya.
[9]Murid tak tahu cara ‘study’.

Dalam Program Rahsia Murid Bagus, murid-murid akan dikongsikan kaedah atau strategi mengatasi isu-isu berkenaan dengan sebaik-baiknya. Walaupun nampak sukar, ia boleh dijadikan suatu pencetus dan penunjuk cara kepada murid-murid. Sekurang-kurangnya mereka mulai tahu dan faham serta lakukan perubahan diri.

Sekiranya pihak sekolah perlukan ‘proposal’ progam ini. Sila ‘whatsapp’ saya di talian 019-2989457. Taip PROPOSAL RMB<jarak>NAMA SEKOLAH.