WoW!  Saya sangat teruja bersua dengan tuan puan di cikgubagus.com. Saya juga berharap kita dapat bersua sentiasa di laman ini. Mungkin ada 1001 cerita tentang dunia cikgu yang mampu dikongsi bersama.

Sebagai pengenalan, cikgubagus.com merupakan platform PROGRAM RAHSIA CIKGU BAGUS yang sekarang ini giat diadakan di sekolah-sekolah di sekitar negeri Selangor. Rahsia Cikgu Bagus merupakan modul yang dirangka khusus untuk warga pendidik.

Terbaharu Modul Rahsia Murid Bagus dan Rahsia Ayah Ibu Bagus juga telah dikongsikan dengan ribuan murid dan ibu bapa di luar sana.
Pengalaman sebagai Guru, Penolong Kanan, bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah dan sekarang di Jabatan Pendidikan Negeri banyak memberi ransangan dan idea untuk melahirkan modul ini.

Blog Cikgubagus.com pula akan dititip isu-isu berkaitan dunia pendidikan. Blog ini akan lebih menjurus kepada motivasi cikgu dan kemahiran yang harus dikuasai oleh seseorang cikgu. Segala pandangan bernas tuan puan amatlah diharapkan. Semoga ia memberi banyak manfaat kepada kita semua.

RAHSIA CIKGU BAGUS juga telah menerbitkan e-buku DUA PULUH SATU TIP RAHSIA CIKGU BAGUS dan 10 IDEA PASAKKAN MATLAMAT MURID secara PERCUMA.